Suami 'Tetak' Isteri Di Khalayak Awam - pakdin.my

tetak-leher-isteri

PERTUNJUKAN jalanan yang dilakukan pasangan suami isteri di Chirala Mandal, India mampu menghentikan jantung penonton apabila seorang lelaki menetak leher isterinya.

Menggunakan sebilah pedang, Balashankar Budati pada mulanya akan mempamerkan tarian bersama senjata tajam itu.

Seorang wanita yang merupakan isterinya, Bhramharamba pula bertindak tidur di atas jalan sambil meletakkan sebiji buah kelapa di leher.

Diakhir tarian itu, Balashankar akan menetak buah kelapa di leher isterinya sekuat mungkin.

Bagaimanapun dalam aksi itu, hanya buah kelapa yang terbelah dua manakala wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aksi itu kemudian turut ditayangkan dalam siri ‘World’s Most Talented’ ke seluruh dunia.

Setiap penonton yang menyaksikan video tersebut dinasihatkan supaya tidak meniru aksi sama kerana berisiko mengalamai kecederaan.

UTAMADUNIASuami 'Tetak' Isteri Di Khalayak Awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium