Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALMesin judi: PBT jangan...

Mesin judi: PBT jangan ‘main wayang’ - pakdin.my

mesin-judi

Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta agar tidak ‘main wayang’ dalam isu membanteras mesin judi haram dan kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan yang masih belum berkesudahan sejak sekian lama.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganggap kebanyakan PBT masih ‘main wayang’ kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap para pengusaha pusat hiburan yang didapati menyalahgunakan lesen perniagaan mereka.

Menurut Presiden JMM, Azwanddin Hamzah, episod ‘main wayang’ yang terbaharu pula kini timbul semula apabila pihak yang terbabit dikatakan masih belum bersikap telus, proaktif dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu sosial itu secara lebih serius.

“Ini bukan isu baharu kerana kira-kira enam bulan lepas pernah heboh apabila timbul isu-isu sebegini tetapi macam hilang begitu sahaja. Banyak serbuan dilakukan oleh PBT tetapi yang ditahan hanyalah pekerja-pekerja di premis hiburan atau pusat mesin judi.

“Itu pun kebanyakannya adalah pekerja asing seperti dari Bangladesh. Sedangkan kita tidak nampak pun tangkapan dibuat ke atas tauke atau pemilik premis terbabit. Sebab itu, tidak lama kemudian mereka beroperasi semula,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh semalam yang menegur PBT supaya jangan terlalu mudah meluluskan lesen premis hiburan, selain menyerbu lokasi yang didapati melanggar peraturan.

Kata Azwanddin, beliau meminta bukan sahaja PBT tidak ‘main wayang’ dalam isu itu, tetapi turut memohon polis juga berbuat demikian dan saling bekerjasama dalam bertukar-tukar maklumat agar kegiatan yang boleh merugikan masyarakat itu dapat dihapuskan segera.

“Sepatutnya polis mahupun PBT janganlah menyalahkan satu sama lain. Mereka mesti bersatu kerana ramai orang memerhatikan tindakan yang sepatutnya diambil. Ini kerana, polis dan PBT mempunyai kuasa untuk bertindak dalam isu ini mengikut kapasiti masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, PBT seharusnya mengambil kira semangat yang ada dalam Perlembagaan seperti ajaran Islam dan nilai-nilai moral yang perlu ada dalam meluluskan lesen premis hiburan.

Katanya, jika kriteria-kriteria itu diambil perhatian apatah lagi dimasukkan dalam senarai tadbir urus Indeks Syariah Malaysia, maka secara langsung dapat membendung kewujudan premis-premis hiburan yang melanggar undang-undang sivil dan syariah di negara ini.

“Pihak PBT yang mahu meluluskan lesen premis hiburan sepatutnya mengambil kira soal moral dan sensitiviti Islam sebagai agama rasmi seperti dalam Perlembagaan. Perkara seperti ini haruslah dimasukkan dalam Indeks Syariah yang telah diperkenalkan baru-baru ini.

“Kelulusan lesen premis hiburan bukan setakat mengambil kira soal keuntungan seperti cukai hiburan ataupun bayaran lesen semata-mata. Tetapi mestilah mengambil kira kesan jangka panjang daripada pembukaan premis-premis hiburan terhadap masyarakat,” katanya.


Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501