UtamaNASIONALAnak Anggota Polis Mati...

Anak Anggota Polis Mati Ditembak Di Sungai Siput - pakdin.my

N Suren tembak sg siput

“Hari ini adalah hari lahir anak saya yang ke-28 tetapi dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” demikian luahan bapa kepada N.Suren, 28, yang mati ditembak di rumahnya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, Jumaat malam.

T. Nadarajah, 54, berkata ketika kejadian, anak sulung dari tiga beradik itu baharu sahaja selesai menyempurnakan upacara keagamaan di sebuah kuil berhampiran.

Sebaik tiba di hadapan rumah, anaknya membuka pintu pagar sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal Honda EX5.

Salah seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam jarak kira-kira 10 meter.

“Selepas terkena tembakan pertama, anak saya berlari sambil menjerit agar dia tidak ditembak namun tidak diendahkan suspek yang melepaskan beberapa das tembakan lagi.

“Jeritan Suren didengari oleh sepupunya yang bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun anak saya dilihat terbaring dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Sabtu. –

Nadarajah, anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Kanthan Baru dekat sini berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas dan mengetahui mengenai kejadian itu daripada adik mangsa.

“Saya menghantar Suren dan adiknya baru-baru ini untuk menghadiri temuduga kerja di Johor….malangnya hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa mati akibat terkena empat das tembakan di bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah.

Polis menemui lima kelongsong peluru jenis 9mm dan dua butir peluru ditempat kejadian manakala dompet serta dua telefon bimbit milik mangsa masih berada dengannya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...