Sokong usaha Shafee elak kes Anwar jadi senjata pilihan raya - pakdin.my

anwar-murung-bersalah

Pembangkang pasti menggunakan kes liwat serta hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata pada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum akan datang jika kebenaran kes itu tidak didedahkan kepada rakyat.

Kes berkenaan juga akan jadi seperti kes Altantuya Sharibuu yang digunakan pembangkang untuk mengaitkan Datuk Seri Tun Razak walaupun Perdana Menteri tidak terbabit.

Sehubungan itu bekas pengasas PKR Ng Lum Yong menyeru pemimpin dan ahli Barisan Nasional untuk menyemarakkan lagi usaha penerangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Muhammad Abdullah berhubung kes liwat 2 Ketua Pembangkang itu.

“Ini kerana PKR sendiri turun padang setiap malam membuat “Road Show” walaupun Anwar didapati bersalah di mahkamah.

“Jika kes liwat 2 ini tidak ditangani dengan penerangan yang agresif juga, ia akan menjadi kes Altantuya yang memalitkan Datuk Seri Mohd Najib yang tidak ada kena mengena, namun orang percaya kerana telah dibiarkan begitu sahaja isu itu tanpa ada usaha isu itu diberi penerangan yang betul-betul supaya orang faham Perdana Menteri memang tidak terlibat”katanya

Menurut Ng, perkara yang diulang-ulang banyak kali termasuk fitnah, jika dibiarkan begitu sahaja orang akan percaya, walaupun ianya tidak betul.

Sehubungan itu katanya, penerangan yang dibuat oleh Shafee perlu dibantu sebaiknya oleh pihak BN dan dibuat secara terbuka supaya orang ramai dengar apa yang sebenarnya berlaku.

Jika tidak, katanya, kenyataan yang diputar belit pembangkang akan diterima rakyat bulat-bulat.

“Seharusnya mangsa dalam kes ini Saiful Bukhari Azlan juga turun padang untuk sama-sama menerangkan kes berkenaan,” katanya kepada BNBBC.my.

Beliau menyeru BN tidak memandang remeh usaha PKR mengadakan road show setiap malam membela nama Ketua Pembangkang itu.

“Semua pihak kena ambil bahagian, jangan biarkan Datuk Seri Najib berkerja seorang diri dan mengharapkan penasihatnya sahaja kerana ini isu nasional dan rakyat perlu tahu keseluruhan kes yang melibatkan Ketua Pembangkang yang dianggap maksum oleh penyokongnya”kata Ng

Beliau percaya isu akan jadi satu daripada senjata pembangkang dalam menghadapi PRU 14 nanti, jika dibiarkan begitu sahaja malah orang akan percaya ia benar malah lebih kasihan kepada keluarga Anwar.

“Sebagai seorang bekas pengasas PKR saya tahu permainan PKR, bila mahu menyerang, mereka gunakan portal yang pro pembangkan untuk menyebarkan berita buruk mengenai negara dan paling saya tidak faham, mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan,” soal Ng.

Sehubungan tu, beliau mahu supaya BN lebih agresif melawan setiap isu yang dibangkitkan melalui setiap medium dan landasan digunakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan termasuk cerita membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Katanya, BN perlu ada satu jawatankuasa atau pasukan yang menyerang balas pembangkang dalam menerangkan setiap isu yang dibangkitkan pembangkang dalam tempoh 24 jam.

“Setiap isu perlu ditangani dengan baik dan tidak dibiarkan lama kerana kesannya akan dapat dilihat semasa PRU 14 ” ujarnya.

UTAMABERITASokong usaha Shafee elak kes Anwar jadi senjata pilihan raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium