BERITAPelajar Perempuan Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Pelajar Perempuan Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau

Sairah Fitri Tifanus
Sairah Fitri Tifanus

Seorang pelajar kolej yang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau di sini, ditemui mati.

Pelajar perempuan berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tandas bangunan tersebut oleh rakan sekerjanya.

Sairah Fitri Pelajar Kolej Ditemui Mati Dalam Tandas Pejabat Daerah Keningau--600

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata siasatan sedang dijalankan dan punca kematian masih belum dapat disahkan.

“Berikan kami masa, kami sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami