BERITAMayat tanpa identiti ditemukan di hutan simpan Tasik Pedu

Mayat tanpa identiti ditemukan di hutan simpan Tasik Pedu

Mayat tanpa identiti ditemukan di hutan simpan Tasik Pedu--

PADANG TERAP: Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan tertanam di kawasan hutan simpan Tasik Pedu kira-kira pukul 7 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihak polis telah menerima laporan kes itu daripada orang awam dan menggali kawasan berkenaan lalu menemukan tangan manusia.

“Kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, penggalian disambung semula dengan kehadiran patologis.

Mayat dipercayai seorang wanita ditemui tertanam di kawasan hutan di Durian Burung oleh seorang pencari madu kelulut yang memasuki kawasan itu malam tadi.

Mayat tanpa identiti ditemukan di hutan simpan Tasik Pedu

Mayat tertanam sedalam kira-kira 2 meter, di dalam kawasan hutan di laluan Durian Burung, Charuk Temingat dekat Padang Terap, malam tadi.

Mayat yang ditemui tertanam dalam keadaan mengiring itu dipercayai telah ditanam di lokasi kejadian lebih dari beberapa hari.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya, mengesahkan kejadian.

Polis kini sedang menjalankan siasatan dari segenap sudut bagi mengenalpasti punca kejadian, serta mengenalpasti identiti mangsa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami