UtamaNASIONALLiwat II: Anwar Dalam...

Liwat II: Anwar Dalam Proses Mohon Belas Ihsan Sebagai Pesalah – Peguam - pakdin.my

anwar-mahkamah-persekutuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam proses memohon belas ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai seorang pesalah, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Beliau berkata tindakan memfailkan petisyen pengampunan membawa maksud Ketua Pembangkang itu mengaku atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

“Ia menunjukkan Anwar menerima keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan dan apabila meminta pengampunan, ia membawa maksud dia telah mengaku.

“Permohonan pengampunan itu bukannya untuk menafikan hukuman yang telah dijatuhkan.

“Sekarang adalah proses mohon belas ihsan bagi pesalah yang dijatuhi hukuman,” jelasnya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Pada 24 Februari lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes liwat II.

Ketika ditanya mengenai kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Presiden Badan Peguam Christopher Leong, yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar, Khairul berkata beliau tidak menyokongnya.

“Segala hujah, perdebatan, keterangan, alibi, bukti dan pengakuan bersumpah telah dibuat di mahkamah. Apabila keputusan telah dibuat, tidak seharusnya dan sewajarnya perdebatan dibuat di luar mahkamah. “Ia (jika dilakukan) akan menjadi perbincangan umum dengan pelbagai persepsi kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan fakta yang berpaksikan akta danundang-undang. Elakkan daripada persepsi.

“Saya fikir, biarlah kita bagi ruang kepada pihak-pihak mempertikai ini menerima keputusan yang ditetapkan kerana ia telah diputuskan di peringkat paling tinggi di Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya hampir 16 tahun rakyat dikelirukan oleh pelbagai teori serta andaian dan kini tiba masanya untuk rakyat menerima dan menjadikan kes Anwar sebagai iktibar bahawa tiada siapa akan terlepas daripada undang-undangjika terbukti bersalah.

Peguam Shaharuddin Ali juga tidak menyokong cadangan perdebatan itu kerana berpendapat ia boleh disalah erti oleh pihak luar yang menyangka keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi.

“Pihak-pihak luar boleh menyangkakan seolah-olah keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dipersoalkan lagi, padahal ia tidak boleh (dipersoalkan) kerana keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

“Lapan hakim telah berkata bahawa Anwar bersalah dan hanya satu hakim sahaja iaitu di Mahkamah Tinggi membebaskannya,” katanya.

Menurutnya perbahasan sedemikian juga boleh disalahertikan sebagai menghina keputusan mahkamah.

“Kena ingat bahawa dalam kes ini, Muhammad Shafee adalah wakil peguam negara dan juga timbalan pendakwa raya, jadi dalam undang-undang, beliau adalah penjawat awam. Adalah tidak elok, mereka yang berstatus penjawat awam untuk berentap sedemikian,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...