PDRM – Part 3 Video Perhimpunan Haram 9 Julai Menjawab Tohmahan Kematian Baharudin Ahmad - pakdin.my

 

Baharuddin Ahmad

Kematian suami kepada seorang ahli PKR cabang Setiawangsa, Kuala Lumpur  Baharuddin Ahmad dekat KLCC semasa demo haram Bersih juga cuba dijadikan isu sensasi oleh pembangkang dengan mendakwa ia akibat kekejaman polis.

Sedangkan video dari rakaman CCTV di bangunan Avenue K yang terletak di seberang jalan bangunan KLCC di Jalan Ampang – yakni di tempat kejadian jelas menunjukkan tiada semburan gas dan tiada anggota polis di situ.

Dari video itu jelas kelihatan Baharuddin berlari masuk ke dalam bangunan itu bersama peserta demo yang lain semasa polis menyuraikan demo di jalanan sekitar kawasan itu pada petang 9 Julai.

Tidak kelihatan seorang pun anggota polis mengejarnya sampai dalam bangunan itu.

Semasa mula berlari masuk dalam bangunan itu kelihatan dia mengurut dadanya seperti mengalami sakit jantung.

Lepas itu dia lari bersama-sama lain-lain ke dalam bangunan itu hingga tidak kelihatan menerusi CCTV.

“Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekaligus menepis dakwaan itu.

“Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan,” katanya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid semasa tayangan video berkenaan kepada wartawan dan beberapa NGO dan persatuan di Bukit Aman petang Khamis.

Beliau berkata dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulan tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999,” katanya.

Salleh juga menjelaskan beberapa orang yang dikatakan anggota polis berada di tempat Baharuddin rebah dalam bangunan itu sebenarnya adalah anggota polis bantuan di situ dan bukan polis anggota polis biasa yang bertugas menyuraikan demo.

UTAMABERITAPDRM – Part 3 Video Perhimpunan Haram 9 Julai Menjawab Tohmahan Kematian...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium