UtamaPOLITIK"Ustaz Haraki PAS Macam...

"Ustaz Haraki PAS Macam Budak" - pakdin.my

dr-dzulkefly-ahmad

Krisis perpecahan dalaman PAS dilihat semakin kronik apabila kini kumpulan profesional dalam parti itu mendakwa wujud gerakan dikalangan golongan ulama untuk menjatuhkan mereka.

Mengakui ‘diserang’ kumpulan ulama yang selama ini menunjangi pentadbiran PAS, kumpulan profesional parti itu mula bangkit mencabar golongan ‘ustaz haraki’ bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap parti Islam itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan pada Isnin melahirkan kekecewaannya terhadap pihak yang mendakwa mereka cuba menyerap fahaman liberal dalam PAS.

“Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat ‘menyerang’ kami dan nak menjatuhkan kami.

“Telah kami katakan cukuplah…tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita,” katanya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS menegaskan, kumpulan profesional sepertinya tidak jahil mengenai ajaran Islam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Berpada-pada sahabatku. Kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya kerana PAS sejak berzaman khasnya era ustaz Fadzil Noor telah ‘mengustazkan’ kami.

“Malah ada diantara kami yang mendapat ‘tarbiyah haraki’ sejak zaman belajar lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly mendakwa mendapat persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan debat dengan golongan ulama PAS mengenai isu berkenaan.

“Saya juga telah mendapat izin Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat untuk mengadakan ‘wacana-bahas-debat’

“Pilih setting yang tuan-tuan lebih selesa untuk (kami menjawab) semua tuduhan tuan-tuan yang kami ini sesat, songsang, liberal atau pengamal liberalsime agama.

“Semua ini dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas. Mungkin secara tertutup kalau cara itu lebih wajar. Harap jangan dihampakan, dengan segala rendah hati saya memohon,” katanya.

Baru-baru ini beberapa pimpinan PAS mengeluarkan peringatan supaya parti itu terus diterajui kepimpinan ulama.

Antaranya, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz menggesa ahli parti itu supaya memberi sokongan kepada kepimpinan ulama kerana ia satu-satunya tiang seri yang mengemudi PAS.

Selain itu Dewan Ulama PAS juga tidak berganjak dengan pendirian tegasnya untuk mempertahankan kedudukan Hadi daripada digulingkan pada muktamar parti itu Jun nanti.

Kenyataan itu dilihat susulan tersebarnya audio rakaman suara Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai dakwaan beliau cuba menjatuhkan kepimpinan ulama yang diterajui Hadi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...