UtamaMC Akibat Chicken Chop...

MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka - pakdin.my

MC Akibat Chicken Chop

Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial.

MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.

Bagaimanapun, MC yang ditandatangani seorang doktor di klinik tersebut ditulis perkataan ‘chicken chop’ dan bukannya ‘chicken pox’ iaitu demam campak.

Kesilapan pada MC tersebut menjadi gurauan dan bualan hangat di media sosial.

Malah, gambar surat MC tersebut turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Namun, difahamkan kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan sebarang komen dari klinik tersebut tidak berjaya.

Bagaimanapun, kakitangan di klinik tersebut dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.

“Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh pihak kami. Bagi pihak klinik ini, kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mahu bangkit daripada kesilapan ini,” katanya kepada portal tersebut.

Kakitangan klinik tersebut turut memberitahu klinik itu tidak berhenti dihujani panggilan telefon dari orang ramai yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988