UtamaPOLITIKMIC Mungkin Lenyap Jika...

MIC Mungkin Lenyap Jika Krisis Berlanjutan, Kata Pemimpin Masyarakat - pakdin.my

mic-krisis
Pemimpin masyarakat India mengingatkan pemimpin MIC segera mengambil tindakan bagi menamatkan krisis dalaman yang sudah lama berlarutan, jika tidak mahu melihat parti itu berkubur pada pilihan raya umum akan datang.
Jika perpecahan yang berlaku dalam parti itu berterusan tanpa penghujung, apakah pemimpin parti itu mempunyai banyak waktu untuk memulihkan semula parti bermasalah itu dan menyakinkan kepada masyarakat bahawa ia adalah sebuah parti yang boleh dijadikan tempat bergantung harap. Mereka tidak banyak waktu lagi, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan dalam dua atau tiga tahun ini.
Dengan krisis dalaman yang kini diheret menjadi kes mahkamah, tidak mungkin ada penyelesaian secara baik dalam masa terdekat ini. Kebarangkaliannya, ketika tiba masa rakyat keluar mengundi kelak, MIC mungkin masih sibuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Keadaan ini pastinya bukanlah suatu senario yang memberangsangkan bagi Barisan Nasional (BN), di mana MIC adalah parti komponen yang penting kerana tanpa keyakinan terhadap parti yang boleh memperjuang dan membela kepentingan mereka, undi kaum India mungkin memihak pembangkang.
PEMIMPIN PUNCA MIC TIDAK RELEVAN
Presiden Persatuan Peniaga India Malaysia (MIBA) R. Letchmikanthan menggesa para pemimpin MIC berhenti “mengetengahkan agenda masing-masing” dan memberikan tumpuan kepada masyarakat India.
“Ramai di antara kita yang tertanya-tanya sama ada parti telah menjadi benar-benar tidak relevan berikutan krisis dalaman yang berlanjutan.
“Tetapi, sejujurnya, saya fikir ramai yang masih mahukan MIC menjadi relevan dan kekal sebagai sebahagian daripada parti pemerintah,” katanya, dan menambah kata bahawa parti itu kini amat memerlukan pemimpin berkebolehan yang berupaya mengemudinya menjadi sebuah organisasi dinamik yang dapat memberi keutamaan perkhidmatan kepada rakyat melebihi daripada segala yang lain.
Melahirkan keyakinan bahawa asas-asas parti berusia 68 tahun itu masih kukuh, beliau menyalahkan para pemimpin parti yang gagal memberi keutamaan.
“Kami memerlukan MIC untuk memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada masyarakat. Sebenarnya menerusi parti sebegini, barulah suara kami akan didengar di Parlimen,” katanya.
Krisis MIC semakin bergejolak berikutan perbezaan pendapat antara dua pemimpin utama parti setelah Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan satu notis pada 5 Dis lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 jawatan Anggota Jawatakuasa Kerja Pusat (CWC).
RoS telah membatalkan semua pemilihan parti yang diadakan pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.
Pada 18 Feb, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menemui Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagi menyelesaikan krisis parti.
Menurut Tengku Adnan, pada mesyuarat itu telah dipersetujui bahawa MIC akan mengadakan pemilihan semula parti dan ia akan menggunakan senarai CWC 2009 bagi tujuan mengadakan pemilihan semula parti seperti yang diarahkan oleh RoS.
Namun, pada 23 Feb, anggota CWC MIC A. K. Ramalingam memohon semakan kehakiman bagi mengarahkan RoS dan Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah, untuk menarik balik arahan pemilihan semula parti yang diberikan kepada MIC.
Menurut laporan akhbar hari ini, permohonan semakan kehakiman kedua terhadap RoS difailkan pada 24 Feb oleh Palanivel, dua naib presidennya Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, dan bekas setiausaha agung A. Prakash Rao. Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Mac untuk mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.
PILIH PEMIMPIN BERKEBOLEHAN DAN BERPENDIDIKAN
Letchmikanthan berkata sebaik sahaja parti menyelesaikan pelbagai isu yang berbangkit RoS dan mengadakan pemilihan semula parti, ia hendaklah memilih pemimpin berkebolehan dan berpendidikan di peringkat cawangan dan bahagian.
“Kaedah pengurusan parti perlu ditingkatkan dan dipermodenkan bagi memastikan ia seiring dengan peredaran masa. Itulah sebabnya kita memerlukan pemimpin yang berpendidikan tinggi dan celik teknologi,” katanya.
Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia A. Prakash berkata MIC perlu menjalani satu “baik pulih menyeluruh” sekiranya ingin kekal relevan dalam lanskap politik negara.
“Bahkan bila tidak berlaku masalah dalaman pun, parti ini gagal untuk memberi khidmat dengan baik kepada masyarakat India. Ramai orang datang menemui saya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MIC,” katanya.
Merujuk pentadbiran yang cekap dan sokongan rakyat sebagai kunci utama kepada kelangsungan MIC, beliau berkata: “Setakat ini parti gagal dalam kedua-dua hal berkenaan. MIC perlu melakukan lebih banyak usaha lagi jika ia benar-benar mahukan orang ramai mengundi calon mereka pada pilihan raya umum akan datang.”
Ketika dihubungi Presiden Kelab Belia Tamil Bell K. Murali, yang sering bersuara lantang membangkitkan hal-hal MIC, enggan mengulas, dan hanya berkata tiada ada apa-apa yang mahu dibicarkannya memandangkan “segalanya sudah tidak dapat dikawal lagi”.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...