back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Ibu Muda Ditemui Mati Bersebelahan Bayi Berusia Dua Bulan

    Ibu-Muda-Mati-Bersebelahan-Bayi
    Anggota Polis Forensik membawa mayat wanita dipercayai mangsa bunuh untuk dibedah siasat, di sini malam tadi. Mangsa berbangsa melayu berumur 26 tahun ditemui mati di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya dengan kesan tikaman di dada.

    Petaling Jaya: Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di sini malam ini.

    Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu kassim berkata suami mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira 8 malam.

    Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan sekerjanya.

    Ibu-Muda-Mati-Bersebelahan-Bayi0

    Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh. Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

    Beliau berkata bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui sebarang kesan tikaman di badan mangsa,” katanya.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)