Dari kami bekas anak murid cikgu Datin Bibi Nazli
Dua belas kali bulan kembang
Selepas setahun, langit masih belum mahu terbuka
untuk memesrai kita. Dua belas kali bulan purnama
awan tetap enggan bercerita. Biru laut kekal
bergumam dengan gelora tanda tanya. Misteri masih
bergantungan antara keduanya.
Dua belas kali bulan mengambang, sepucuk surat
penawar duka pembasuh rusuh tetap enggan datang.
Lara tak terubat. ingin, cemas dan harap tetap
berkampung di dalam dada. Angin tegar bermain teka-teki.
Setahun lalu – kami masih ingat itu – keliru
tiba-tiba menjadi ribut. Antara laut china selatan,
Laut andaman, selat melaka dan lautan hindi
kita cuba menebak ombak. keangkuhan runtuh
dengan sebuah kehilangan.
Antara debur ombak
dipecah karang, cinta dan ingat kami
tak pernah kurang.
Nukilan: Kalamutiara