BERITAPenjual Burger Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Penjual Burger Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Muhammad-Khairul-Fadzmy-Shahrulnizam

Seorang penjual burger dan seorang pelajar sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang remaja pada November tahun lepas.

Muhammad Shafiq Sharif, 20, dan pelajar lelaki berumur 16 tahun itu didakwa menyebabkan kematian Muhammad Khairul Fadzmy Shahrulnizam, 19, di sebuah pondok di Tasik Ong Tai Kim, Setapak, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 13 Nov 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 9 April depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya K.Vasugi mananakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Suriati Che Arifin.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami