Nurul Izzah guna imuniti wakil rakyat hina hakim di Parlimen - pakdin.my

nurul-izah-hina-hakim-di-parlimen

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menuduh hakim Mahkamah Persekutuan menjual diri kepada syaitan kerana mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Naib Presiden PKR itu menggunakan imunitinya sebagai wakil rakyat di Dewan Rakyat untuk mengkritik dan menuduh institusi kehakiman itu dipengaruhi politik.

Beliau yang mengambil bahagian membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong pada mulanya cuba membacakan teks Anwar sebagai Ketua Pembangkang tetapi ditegur oleh timbalan speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

Menurut beliau, apa juga ucapan Nurul Izzah adalah atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai bukan wakil Ketua Pembangkang.

Bagaimanapun, Nurul Izzah yang meneruskan perbahasan sekali sekala tetap menyelitkan ucapan berkaitan Anwar.

“…Dalam tunduk akur kehendak politik, para hakim jadi rakan jenayah pembunuhan, kebebasan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Hakim Mahkmah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan kerana kesalahan meliwat pembantunya tujuh tahun lalu.

Sebelum itu, beliau menyuarakan kekecewaannya kerana Jabatan Penjara tidak membenarkan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Takut disindir dengan kes liwat membabitkan bapanya, beliau tidak membenarkan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said mencelah perbahasannya.

Hanya selepas Azalina memberitahu, beliau mahu mencelah isu banjir baharulah Ahli Parlimen Barisan Nasional itu dibenarkan mencelah.

Selain itu, beberapa ahli parlimen pembangkang bangun menyokong hujah perbahasan Nurul Izzah berhubung hukuman penjara terhadap ahli parlimen Permatang Pauh itu.

UTAMABERITANurul Izzah guna imuniti wakil rakyat hina hakim di Parlimen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium