BERITARumah Kapten Bola Sepak Pahang Ditembak

Rumah Kapten Bola Sepak Pahang Ditembak

Mohd-Razman-Roslan-kapten-bolasepak-pahang-ditembak
KUANTAN: Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Lorong Kubang Buaya 35 di sini tengah malam Selasa, mengakibatkan pecah cermin belakang kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad, dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, kapten skuad Tok Gajah berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berehat bersama anggota keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan secara rambang.

Beliau berkata sejurus selepas mendengar bunyi tembakan, Razman bergegas keluar rumah dan mendapati cermin kenderaan miliknya itu pecah akibat terkena tembakan.

“Bagaimanapun tiada anggota keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau berkata, Razman kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan gerakan bagi mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu telahpun dijalankan.

Katanya, motif kejadian juga masih disiasat dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami