BERITA#MH370: Pasukan Khas Siasat Laporan Penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara Tidur

#MH370: Pasukan Khas Siasat Laporan Penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara Tidur

mh370-Liow-Tiong-Lai

Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat laporan oleh kumpulan 19 lelaki bahawa pengawal penyelia di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sedang tidur apabila panggilan dibuat empat jam selepas MH370 hilang.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau melihat kejadian itu sebagai sesuatu yang serius.

“Ini sangat serius. Kita akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana salah laku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 113 kakitangan yang lama berkhidmat dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini.

Tiong Lai berkata mesyuarat kumpulan kerja antara China, Australia dan Malaysia mengenai kehilangan MH370 akan diadakan di sini bulan ini, diikuti dengan mesyuarat peringkat menteri pada April.

Beliau berkata mesyuarat akan mengkaji semula usaha carian dan memutuskan tindakan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami