UtamaPOLITIKHudud Tak Perlu Dilaksanakan...

Hudud Tak Perlu Dilaksanakan Segera – Azmin Ali - pakdin.my

azmin-wanazizah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa menyifatkan hukum Hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta PAS adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010.

“Hadi pernah buat kenyataan terbuka bahawa Hudud tidak perlu disegerakan namun bukan bermakna kita tolak Hudud cuma ia bukan ‘our common policies’.

“Dasar ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang pakatan persetujui sebelum ini perlu ditangani terlebih dahulu untuk kesejahteraan rakyat malah jika ini diberi keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Walau bagaimanapun, Mohamed Azmin menjelaskan PKR tetap menghormati hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan menerusi pembentangan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Rabu.

Katanya, sebagai umat Islam, pihaknya tidak menolak hukum Hudud mahupun mana-mana hukum yang digariskan dalam al-Quran malah pernah menyatakan pendirian berkenaan dalam PR.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak mengingatkan parti di dalam PR supaya mendapatkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Menurutnya, pembentangan enakmen berkaitan hudud oleh kerajaan Kelantan merupakan satu pindaan dan bukan rang undang-undang baharu berikutan enakmen itu telah diluluskan pada tahun 1993, iaitu sebelum PR diwujudkan.

“Rang undang-undang yang dibawa dalam DUN Kelantan adalah pindaan enakmen 1993, ada empat perkara yang ingin dipinda dan kita hormati keputusan kerajaan Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun pada masa depan, sebarang cadangan baharu mesti dapat persetujuan Pakatan Rakyat,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri tetap akan membentangkan pindaan enakmen itu pada Rabu setelah berbincang dengan penasihat undang-undang negeri.

Menurut Mohd Amar, pihaknya mendapati tiada masalah untuk rang-rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan DUN walaupun Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta PAS mempertimbangkan semula pindaan itu.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...