Thursday, October 3, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

PAC Akan Panggil Saksi Beri Keterangan Isu Projek 1BestariNet - pakdin.my

YTL-bestarinet

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa saksi untuk memberikan penerangan berhubung kelemahan pelaksanaan fasa pertama Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan membabitkan peruntukan berjumlah RM663 juta.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata antara individu yang akan dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bekas pegawai pengurusan dari pejabat pengurusan projek itu dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan.

“Ini kerana mereka ialah pegawai yang terlibat sewaktu projek ini mula dilaksanakan pada 2011. Kemungkinan kami akan panggil mereka bagi (beri) penerangan pada bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas menpengerusikan mesyuarat PAC penggal kedua di bangunan Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata dalam mesyuarat Selasa, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad telah tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan namun bukan secara terperinci kerana ketika fasa pertama projek itu dilaksanakan Madinah belum lagi menyertai Kementerian Pendidikan.

“Tan Sri Dr Madinah menyertai Kementerian Pendidikan pada 2013 tetapi inisiatif pelaksanaan projek ini pada 2011. Ini tidak adil untuk beliau,” katanya.

Nur Jazlan berkata PAC juga akan meminta penjelasan daripada Jabatan Tanah dan Galian berhubung isu berkenaan.

Katanya antara kelemahan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan fasa pertama projek itu berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara adalah penyambungan internet ke tapak pengguna yang lewat disiapkan manakala Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa Teknikal Projek tidak diwujudkan di peringkat kementerian.

“Kajian keperluan sekolah tidak dijalankan dan maklum balas soal selidik oleh sekolah-sekolah mendapati prestasi capaian jalur lebar tidak memuaskan,” katanya.

Beliau berkata projek 1BestariNet dilaksanakan secara tiga fasa dalam tempoh 15 tahun dengan kos RM4.077 bilion.

“Setiap fasa lima tahun … untuk fasa pertama ini sudah siap dalam tempoh dua tahun setengah, dalam fasa pertama ini pelaksanaan projek 1BestariNet dianggap gagal,” katanya.

Nur Jazlan berkata projek 1BestariNet merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan dengan YTL Communications Sdn Bhd bagi mengganti dan menambah baik sistem rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di sekolah.

Katanya projek itu melibatkan 10,000 sekolah yang dilengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi dan akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.

Sementara itu, mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Nur Jazlan berkata jawatankuasa akan membantu Jabatan Audit Negara dalam melakukan penyiasatan.

Katanya PAC dijangka berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang minggu depan untuk membincangkan skop dan tempoh kerja untuk mencegah sebarang pertindihan siasatan terhadap perkara itu.

“Ini mungkin akan memberi peluang kepada kami untuk memulakan pendengaran lebih awal,” katanya.

Bergantung pada skop yang telah ditetapkan lebih awal oleh Ketua Audit Negara, Nur Jazlan berkata ia mungkin, antara lain melibatkan banyak isu dan sakis-saksi antarabangsa yang mungkin akan mengambil masa yang lama.

“Kami faham yang orang awam mahukan jawapan segera, tetapi kami tidak mahu tergesa-gesa dalam perkara ini dan terus membuat rumusan kami, yang pastinya tidak profesional atau tidak disokong dengan keterangan dan bukti kukuh.

“Beliau (Ketua Audit Negara) akan menumpukan pada skop lain, yang memerlukan siasatan dan mungkin kami boleh tumpu pada perkara lain, seperti tadbir urus, bagaimana tadbir urus dalam 1MDB dilaksanakan.

“Isu 1MDB adalah luas, jika Ketua Audit Negara menelitinya dari aspek lebih luas, ia akan mengambil masa lebih lama. Kami mahu berbincang dari segi untuk kami meneliti isu ini dalam skop lebih kecil, yang kami dapat mulakan dahulu,” katanya.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: