Hudud: ADUN PKR sedia dikenakan tindakan oleh parti - pakdin.my

pkr-hudud-wan-azizah

“Sebagai umat Islam saya wajib sokong hukum Allah (hudud).”

Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Roslan Puteh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tindakan beraninya membelakangi arahan parti apabila hadir pada sesi pembahasan dan menyokong Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam masa sama Roslan turut mengakui beliau menjadi salah seorang daripada 44 ADUN ma­sing-masing daripada Pas dan Barisan Nasional (BN) yang sebulat suara menyokong pindaan tersebut diluluskan.

“Saya mengakui membelakangi parti. Setakat ini saya masih belum menerima apa-apa surat rasmi mengenainya (tindakan) dan difahamkan mesyuarat bagi memutuskan tindakan bakal dikenakan terhadap saya akan diadakan pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rang itu diluluskan selepas mendapat sokongan kesemua 44 ADUN termasuk seorang daripada PKR serta 12 wakil pembangkang daripada BN.

Paling menarik perhatian pada sesi pengundian rang undang-undang tersebut apabila wakil daripada PKR itu tetap hadir memberikan sokongan walaupun diarahkan tidak berbuat demikian oleh kepemimpinan tertinggi parti.

PKR menerusi satu kenyataan semalam mengarahkan Roslan tidak menyertai perbahasaan dan pengundian rang undang-undang berkenaan.

Sementara itu Roslan berkata, beliau sedia menerima sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya oleh parti selepas ini.

“Jika didapati bersalah saya sedia terima hukuman. Saya sebagai umat Islam wajib sokong hukum Allah, soal dengan parti adalah parti,” katanya.

UTAMAPOLITIKHudud: ADUN PKR sedia dikenakan tindakan oleh parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium