BERITAHudud: Pihak Kurang Arif Agama Dinasihat Tidak Komen Di Media Sosial

Hudud: Pihak Kurang Arif Agama Dinasihat Tidak Komen Di Media Sosial

Hudud: Pihak Kurang Arif Agama Dinasihat Tidak Komen Di Media Sosial

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.

“@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka,” kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.

Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.

Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami