PILIHAN RAYAPAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi

PAS Pertahan Kerusi DUN Chempaka, Majoriti 10,092 Undi

prk-chempaka-calon

PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) pada Ahad dengan majoriti 10,092 undi.

Calon PAS yang diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42, memperoleh 10,899 undi.

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas.

Berikut adalah keputusan PRK DUN Chempaka:

1. Fadzillah Hussin (Bebas): 89 undi

2. AHMAD FATHAN MAHMOOD@MAHAMAD (PAS): 10,899 undi

3. Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas): 51 undi

4. Aslah Mamat (Bebas): 27 undi

5. Sharif Mahmood (Bebas): 807 undi

Jumlah mengundi: 12,013

Peratus: 55.0051 undi

Undi rosak: 140

Majoriti: 10,092 undi

Penyandang: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS)

Undi diperolehi: 2013: 12,310

Majoriti: 6,500

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami