Kes Qazaf : Anwar hadir ke Mahkamah Syariah - pakdin.my

anwar-bicara-qazaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi mendengar rayuan beliau untuk menggugurkan peguam, Datuk Zainul‎ Rijal Abu Bakar dalam kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zainul Rijal mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam kes berkenaan.

Anwar yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara kerana disabit kesalahan meliwat Mohd Saiful diiringi pegawai-pegawai Penjara Sungai Buloh dan tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Sebelum perbicaraaan bermula, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Ibrahim mengarahkan pegawai penjara keluar selepas mendapat bantahan wakil peguam Anwar, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie atas alasan pegawai penjara membawa senjata api ke dalam mahkamah.

Katanya, sudah ada lima pegawai polis dalam mahkamah yang bersedia menjaga keselamatan dalam mahkamah dan kehadiran pegawai penjara tidak diperlukan.

Anwar masuk ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi tadi, berbaju kemeja berbelang biru.

Beliau bagaimanapun masih sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan dan menegur cucunya, Raja Safiyah Raja Ah‎mad Shahrir, sebelum prosiding kes bermula.

Sementara itu, mahkamah berkenaan menetapkan 27 April ini untuk mengesahkan notis penarikan diri secara sukarela dikemukakan Zainul Rijal daripada mewakili Jamil Khir dan dua yang lain dalam kes qazaf Anwar Ibrahim.

Tarikh itu ditetapkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Mahammad Ibrahim.

UTAMABERITAKes Qazaf : Anwar hadir ke Mahkamah Syariah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium