Germanwings: Tempat nahas bersalji, curam - pakdin.my

Lokasi pesawat terhempas - pemandangan dari helikopter SAR
Lokasi pesawat terhempas – pemandangan dari helikopter SAR

Canselor Angela Merkel sangat terkejut dengan berita sebuah pesawat milik syarikat penerbangan negara itu yang dikendalikan Germanwings, anak syarikat Lufthansa terhempas di selatan Perancis.

Jurucakap Canselor Jerman berkata, Merkel dijangka membuat kenyataan mengenai nahas itu pada jam 2.30 petang ini waktu Jerman (9.30 malam Malaysia).

Sementara itu, pemilik sebuah tapak perkhemahan di kawasan pergunungan itu berkata dia terdengar bunyi sangat kuat agak lama di udara sebelum pesawat Germanwings itu terhempas.

Pierre Polizzi berkata dia dengar bunyi sangat bising itu mulai jam 11.30 pagi (waktu Perancis, tujuh jam di belakang Malaysia).

“Memang biasa ada pesawat pejuang yang terbang di kawasan ini, jadi saya sangka pesawat itulah. (Tetapi) bila tengok di luar, saya tidak nampak sebarang pesawat pejuang.

“Bunyi yang saya dengar agak lama, seperti pesawat itu terbang lebih perlahan daripada kelajuan pesawat tentera. Selepas terhenti seketika, tidak lama kemudian terdengar lagi bunyi bising,” katanya.

Pesawat A320 milik Germangwings dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Duesseldorf, Jerman. Dipercayai tiada yang terselamat dalam nahas itu.

Polizzi berkata, memang sukar untuk ke tempat nahas. “Gunung itu diliputi salji dan sangat mencabar ke kawasan itu.”

UTAMADUNIAGermanwings: Tempat nahas bersalji, curam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium