BERITADAP Sabah sahkan cadangan penubuhan PRB tanpa PAS

DAP Sabah sahkan cadangan penubuhan PRB tanpa PAS

Stephen Wong Tien Fatt DAP

Cadangan penubuhan Pakatan Rakyat Baharu (PRB) tanpa PAS akan dibincangkan dalam mesyuarat dengan PKR Sabah Isnin ini.

“Kita masih tidak mempunyai tempoh masa untuk penubuhan ini, tetapi kita sedang bekerja keras.

“Saya juga berharap parti tempatan yang jadi kuasa ketiga di negeri ini akan mengubah minda mereka dan menyertai kami,” kata Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt di lobi Parlimen, Khamis.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti tempatan yang akan menyertai PRB.

“Saya tak boleh sebut, cuma kami berharap agar masalah Hudud dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, PRB akan bermula di Sabah dan tidak menolak kemungkinan parti itu berkembang hingga ke bumi semenanjung.

Kehadiran PAS dalam PR di Sabah tegasnya tidak memberi sebarang makna kerana parti itu sudah lama bergerak dengan ideologi parti itu sendiri.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami