Hudud: DAP hilang sokongan Anwarinas Pas? - pakdin.my

mujahid-yusof-rawa

DAP yang selama ini bergantung kepada beberapa pemimpin Pas yang cen­derung memihak kepada mereka mula tergugat apabila bibit-bibit pergeseran dengan kumpulan berkenaan mula kelihatan.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan DAP hari ini tampil menyelar parti itu berikutan kritikan yang dilemparkan terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kecaman DAP terhadap Abdul Hadi adalah menyedihkan kerana tokoh ulama berkenaan turut memimpin lebih sejuta ahli Pas.

“Ini kerana beliau ibarat bapa dalam pakatan pembangkang dan DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang membuatkan ahli Pas berasa sedih,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

DAP sebelum ini mengumumkan parti itu sudah tidak mempercayai Abdul Hadi susulan pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, baru- baru ini, sekali gus memutuskan hubungan dengan Ahli Parlimen Marang itu.

Hubungan Pas dengan parti itu semalam terus berantakan apabila DAP Sarawak pula mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu manakala Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini meminta supaya ahli Pas yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang melepaskan kedudukan masing- masing.

Mujahid yang pada awalnya berdolak-dalik tentang pendiriannya berhubung perkara itu berkata, tindakan DAP Sarawak juga amat dikesalinya dan akan memburukkan lagi keadaan.

“Oleh itu, kita akan bermesyuarat dan mengumumkan pendirian parti berhubung masa depan dalam pakatan pembangkang pada hari Isnin ini susulan tindakan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Mesyuarat itu kelak katanya, akan turut membincangkan kecaman pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi.

UTAMAPOLITIKHudud: DAP hilang sokongan Anwarinas Pas?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium