back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    DAP Sarawak Keluar Pakatan, Azmin Enggan Nyatakan Pendirian PKR

    azmin-mb-selangor

    Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu enggan menyatakan pendirian parti itu berhubung tindakan DAP Sarawak menarik diri daripada kerjasama politik Pakatan Rakyat (PR).

    Beliau setakat menyatakan pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan bagi sebarang isu berkaitan kerjasama PR dengan DAP dan PAS.

    Beliau cuba mengelak dari menyentuh isu berkenaan dengan mengatakan perkara tersebut boleh dibincangkan dalam forum yang lain.

    “Tak apalah, kita bincang (mengenai tindakan DAP Sarawak keluar PR) dalam forum yang lain. Semuanya berada dalam keadaan baik.

    “Saya sedia maklum dengan tindakan itu dan semua masalah boleh diselesaikan dengan keadaan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek perumahan mampu milik di Bandar Parklands di sini.

    Mohamed Azmin berkata, beliau tetap akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAS seperti sebelumnya.

    Menurutnya, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk menyelesaikan isu tersebut.

    DAP Sarawak mengumumkan keputusan keluar daripada kerjasama PR Jumaat kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

    Pengumuman yang dibuat Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen itu dikatakan mendapat persetujuan sebulat suara kepimpinan DAP negeri.

    Mereka mendakwa PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila mahu melaksanakan undang-undang berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan perjanjian penstrukturan industri air Selangor hanya akan dimuktamadkan pihaknya sekiranya kerajaan persekutuan berpegang pada syarat asal.

    Menurut beliau, pihaknya dijangka mengadakan pertemuan seterusnya dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili minggu depan bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.

    “Kerajaan negeri akan meneruskan rundingan tersebut kerana Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan yang diwakili Ketua Setiausaha Kettha Datuk Loo Took Gee, Isnin lepas,” katanya.

    Di SERI ISKANDAR, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan DAP Sarawak itu merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini.

    “Saya rasa keputusan itu bagus dari segi strategi dan untuk kedua-dua parti. Ini satu strategi PR yang tak difahami oleh Barisan Nasional.

    “Kalau dipujuk elok-elok, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pun boleh terima. Sehingga hari ini PBB tidak bercakap apa-apa, maknanya mereka terima.

    “Jadi ini adalah sebuah proses di mana kalau Barisan Nasional boleh terima perkara itu (rang undang-undang persendirian), akhirnya DAP Sarawak pun boleh terima hudud dilaksanakan di negara ini,” katanya.

    Husam bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Gajah Kali ke-29.

    Husam berkata rang undang-undang persendirian itu boleh direalisasi jika mendapat sokongan padu anggota Parlimen yang beragama Islam dari Umno, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PBB dan BEBAS.

    “Tugas saya ialah mencari jalan supaya agenda yang dibawa oleh Presiden (PAS) difahami oleh rakan-rakan yang lain dan akhirnya mendapat sokongan daripada mereka,” katanya.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)