BERITAVideo: Perkhidmatan Monorel Ditangguh Sementara

Video: Perkhidmatan Monorel Ditangguh Sementara

monorel-terbakar-stesyen-titiwangsa

Sebuah tayar getah monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa pagi ini menyebabkan perkhidmatan monorel di bandar raya ini digantung sementara mulai pukul 8.50 pagi.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tiada sebarang penumpang di dalam tren itu semasa kejadian.

“Kebakaran dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebakaran itu menyebabkan asap tebal menyelubungi stesen bertingkat berkenaan.

Penggantungan sementara perkhidmatan turut berpunca daripada insiden kedua apabila sebuah tren dua gerabak terdampar antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ekoran masalah teknikal.

Tren penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak tren yang tersangkut itu ke stesen Imbi sebelum penumpang turun.

“Rapid Rail sedang melakukan siasatan dalaman atas kedua-dua insiden tersebut dan memohon maaf dengan kerumitan yang ditimbulkan,” kata Abdul Hadi.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami