Pusat beri RM727.5j kepada Selangor - pakdin.my

budiman-mohd-zohdi

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor me­nerima peruntukan sebanyak RM727.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus kepada kerajaan negeri bagi 2014.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pemberian dana yang diberikan oleh Kerajaan Pusat itu merangkumi Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Ma­rris) sebanyak RM523 juta; Tahap Ekonomi, Infrastruktur dan Ke­sejahteraan (RM16 juta), pembiayaan perbelanjaan mengurus bagi jabatan di bawah senarai bersama (RM53 juta) serta pemberian tahunan kepada kerajaan negeri (RM26 juta).

“Semua pemberian tersebut disatukan di bawah satu akaun dan perbelanjaan yang dibuat mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi pemberian untuk penyelenggaraan jalan raya atau Ma­r-ris, perbelanjaan ditentukan melalui Akaun Amanah dan Amanah Penyelenggaraan Jalan-jalan Negeri serta sebanyak RM460.9 juta atau 88 peratus daripada jumlah yang diperuntukkan telah dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Panjang) berhubung jumlah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sepanjang 2014 kepada kerajaan negeri dalam Sidang DUN di sini hari ini.

Mohamed Azmin menambah, kerajaan negeri turut menerima sumbangan belanja mengurus yang disalurkan terus ke akaun Perbadanan Adat Melayu dan Wa­risan berjumlah RM1.2 juta dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Se­langor (RM7.7 juta) pada tahun lalu.

“Kerajaan negeri juga menerima bantuan 50 peratus bagi bayaran bil elektrik, lampu jalan dan lampu isyarat yang disalurkan terus kepada 12 pihak berkuasa tempatan di seluruh Selangor,” jelasnya.

UTAMAPOLITIKPusat beri RM727.5j kepada Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium