UtamaNASIONALNahas Helikopter: PM Arah...

Nahas Helikopter: PM Arah Siasat Terperinci - pakdin.my

Perdana Menteri memberikan sidang media di lokasi nahas.
Perdana Menteri memberikan sidang media di lokasi nahas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya siasatan terperinci dijalankan bagi mengetahui punca kejadian nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa pada petang Sabtu.

Arahan itu dinyatakan pada sidang medianya selepas mendengar taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat sebaik tiba di lokasi kejadian di ladang getah di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, kira-kira pukul 10 malam.

Pada sidang medianya, Perdana Menteri mengesahkan bekas menteri yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Azlin Alias terkorban dalam nahas itu.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.

“Namun berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, tragedi ini membawa kehilangan dua orang yang begitu besar sumbangannya kepada kerajaan, parti dan negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih di sini Sabtu malam.

Najib yang nyata sedih dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kehilangan yang amat besar buat diri dan keluarganya memandangkan Jamaluddin adalah kenalan sejak zaman universiti lagi selain amat rapat dari segi sejarah perjuangan dan kerjaya politik.

“Saya anggap Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang yang berkebolehan tinggi, banyak jasanya kepada kerajaan, parti dan negara. Ramai kenalannya di dalam dan luar negara,” katanya mengenai Jamaluddin yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Mengenai Azlin pula, perdana menteri mengakui bekerja rapat dengan pegawainya itu.

Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai kejadian nahas helikopter yang mengorbankan Jamaluddin dan Azlin serta empat yang lain di Semenyih.
Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai kejadian nahas helikopter yang mengorbankan Jamaluddin dan Azlin serta empat yang lain di Semenyih.

“Beliau setuju untuk meninggalkan kerjayanya dalam dunia korporat untuk berkhidmat kepada kerajaan. Azlin seorang yang dedikasi, boleh dipercayai dan disenangi ramai. Kematiannya suatu kehilangan kepada saya kerana dia telah membantu saya untukk melaksanakan banyak hal penting dalam kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Azlin adalah Pengarah Bahagian Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Ketika kejadian, helikopter itu membawa enam orang termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dan Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Helikopter itu yang dalam penerbangan ke Subang, terhempas di kawasan itu pukul 4.50 petang.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...