Nahas Helikopter: AS hargai jasa allahyarham JJ - pakdin.my

nahas-helikopter-bendera-amerika-separuh-tiang

Kedutaan Amerika Syarikat, (AS) di ibu negara mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada bekas wakil khas Malaysia ke negara itu, allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter petang semalam.

Kedutaan AS memaparkan foto bendera separuh tiang di hadapan kompleks kedutaan itu di laman twitternya hari ini.

Duta AS, Joseph Y. Yun sebelum itu memuji usaha allahyarham dalam membina hubungan antara kedua-dua negara sewaktu beliau menjadi wakil khas negara ke AS pada 2009 hingga 2012.

“Pengukuhan hubungan bilateral AS – Malaysia terhutang kepada daya kreativiti, tenaga dan visi beliau. Ingatan dan doa kami bersama keluarga beliau pada waktu sukar ini,” kata Yun di laman web kedutaan AS.

UTAMABERITANahas Helikopter: AS hargai jasa allahyarham JJ

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium