UtamaPOLITIKJangan Heret Saya Ke...

Jangan Heret Saya Ke Kancah Politik – Sirul - pakdin.my

Azilah Dan Sirul Dihukum Gantung

Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu merayu kepada semua pihak supaya menghormati kedudukannya sebagai tahanan Imigresen Australia yang perlu mematuhi undang-undang negara itu, bukan mengheretnya dalam kancah politik.

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican berkata, anak guamnya itu telah menghubunginya pada Khamis dan meminta seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya agar “benar-benar melindungi kepentingannya”.

“Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.

“Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Kata Hasnal lagi, menerusi perbualan telefon dengan Sirul, bekas komando itu tetap dengan pendirian untuk kekal di negara itu terutama selepas dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh model Mongolia itu.

Justeru katanya, Sirul telah dinasihatkan oleh dua peguamnya di Australia bahawa proses undang-undang yang sedang dilaluinya untuk membolehkan beliau kekal di negara itu mungkin terjejas dengan kenyataan-kenyataan yang merujuk kepada dirinya.

Pada Rabu, ibu Sirul dan bapa saudaranya mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya yang diatur oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Selepas mengatur pertemuan itu, Mahfuz merancang untuk memberi ruang kepada Sirul bercakap sendiri dan menceritakan segala-galanya dengan Dr Mahathir menerusi telefon pula.

Mahfuz berkata, beliau percaya tindakan itu boleh memberi tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan terhadap kes berprofil tinggi itu.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam, pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana dia ketika itu berada di Australia.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...