UtamaPOLITIKSirul Kecewa, 'Tak Setuju'...

Sirul Kecewa, 'Tak Setuju' Pertemuan Ibu-Tun M – Peguam - pakdin.my

mahathir-emak-sirul

Agenda pembangkang untuk membantu Sirul Azhar Umar yang ditahan di Australia bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa Malaysia menyiasat semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu kini memasuki episod baharu apabila ia tidak mendapat ‘restu’ bekas anggota komando itu.

Malahan, ketidakpuasan hati terhadap perkembangan terkini di Malaysia yang mengaitkan dirinya serta keluarga mendorong Sirul menghubungi dua peguamnya, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican.

Panggilan telefon bagi menyatakan kekecewaannya itu dibuat sebaik sahaja mendapat tahu mengenai pertemuan di antara ibunya, Piah Samad dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu yang dirancang oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Hasnal yang dihubungi petang Khamis mengesahkan bahawa sejak pertemuan ibu dan Dr Mahathir itu, dua kali Sirul menghubunginya, masing-masing pada malam Rabu dan petang Khamis bagi menyatakan kekesalan kerana tidak dimaklumkan tentang pertemuan tersebut.

Katanya, apa yang membuatkan anak guamnya lebih tertekan apabila dua peguam yang mewakilinya di Australia memberitahunya bahawa tindakan Mahfuz itu mungkin akan menjejaskan peluangnya yang kini mengemukakan permohonan menerusi perundangan di Australia untuk terus berada di negara itu.

“Dia tidak tahu-menahu pertemuan ibu dan bapa saudaranya dengan Tun M. Dia melahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Datuk Mahfuz.

“Kini setelah tahu (pertemuan ibu dan Dr Mahathir), dia tidak setuju terutama selepas mendapat nasihat dua peguamnya di Australia yang menyatakan sebarang rujukan kepada kenyataan oleh Sirul atau sesiapa sahaja, boleh menjejaskan proses perundangannya di negara itu,” kata yang menggambarkan nada suara Sirul yang kecewa sepanjang perbualan dengannya.

Ditanya mengenai status dan pendirian Sirul dalam kes ini, Hasnal berkata, menerusi perbualan telefon itu, anak guamnya mengulangi pendiriannya yang tidak mahu pulang ke Malaysia.

Jelasnya, Sirul kini ingin terus berusaha melalui proses undang-undang di Australia untuk membolehkannya kekal di negara itu.

“Dia tidak mahu pulang ke Malaysia kerana sudah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan mahu kekal di Australia melalui proses undang-undang.

“Untuk tujuan itu dia diwakili dua peguam Australia, sementara saya dan Datuk Kamarul Hisham masih lagi peguam Sirul di Malaysia, tetapi di Malaysia sudah tidak ada apa-apa (kes), jika ada pun kajian semula keputusan atau ‘review’ oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya sambil menambah Sirul kini berada dalam keadaan sihat dan selamat sebagai tahanan Imigresen di Australia.

Pada Rabu, ibu Sirul mengadakan pertemuan tertutup dengan Dr Mahathir di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya yang turut dihadiri Mahfuz dan bapa saudara Sirul, Mustafa Samad.

Selepas mengatur pertemuan itu, Mahfuz merancang untuk memberi ruang kepada Sirul bercakap sendiri dan menceritakan segala-galanya dengan Dr Mahathir menerusi telefon pula.

Mahfuz berkata, beliau percaya tindakan itu boleh memberi tekanan supaya siasatan semula dapat dilakukan terhadap kes berprofil tinggi itu.

Sirul dan bekas rakan sepasukannya dalam Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri, disabitkan kesalahan pada 13 Januari tahun ini, atas dakwaan membunuh Altantuya di Shah Alam, pada 2006.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul tanpa kehadirannya kerana dia ketika itu berada di Australia.

Dr Mahathir dalam blognya sebelum ini berkata, tidak adil jika Sirul dan Azilah dikenakan hukuman gantung kerana mereka hanya bertindak mengikut arahan.

Bekas Perdana Menteri itu menggesa polis memandang berat kenyataan Sirul itu dan menjalankan siasatannya memandangkan setakat ini motif pembunuhan itu masih tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan polis sudah menyiasat perkara itu sebelum ini.

Berkaitan

Baca Juga

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...