Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONAL4 pelajar ditahan disyaki...

4 pelajar ditahan disyaki serang rakan di Penampang (video) - pakdin.my

Pelajar Perempuan Bertumbuk SMK Limbanak Penampang

PENAMPANG: Polis menahan empat pelajar perempuan Tingkatan Satu dan Dua sebuah sekolah di sini kerana disyaki menyerang serta mencederakan dua rakan mereka, baru-baru ini.

Remaja perempuan terbabit, iaitu tiga pelajar Tingkatan Satu serta seorang lagi Tingkatan Dua, ditahan jam 2 petang tadi selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai memukul dua pelajar Tingkatan Satu sekolah sama di di luar kawasan sekolah berkenaan kira-kira jam 3.30 petang, 1 April lalu.

 

 

Difahamkan, kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada suspek berikutan salah seorang mangsa dikatakan membuat laporan kepada guru mereka mengenai tindakan seorang pelajar lelaki memegang lehernya dalam kelas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, berkata berikutan itu pelajar terbabit berjumpa mangsa di luar kawasan sekolah sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa kemudian dipukul oleh pelajar terbabit bersama tiga rakannya. Seorang rakan mangsa cuba membantu namun turut dipukul menggunakan tangan.

“Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sebelum bapa salah seorang mangsa membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.

Azmir berkata, semua tangkapan dibebaskan selepas percakapan mereka direkodkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Sebelum itu, video berdurasi 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan dipercayai daripada sekolah berkenaan tersebar hingga menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp semalam.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674