Tiga maut, empat cedera kemalangan dua kenderaan - pakdin.my

Kemalangan Jalan Kampung Merbau Sempak Sungai Buloh 1

SUNGAI BULOH: Tiga maut manakala empat cedera termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan Proton Waja dan Perodua Myvi di Jalan Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Jumaat malam.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam pukul 9.55 malam tadi di Jalan Sungai Buloh menghala ke Kuala Selangor berhampiran simpang Saujana Utama.

Semua mangsa yang maut adalah lelaki dewasa sementara mangsa yang cedera terdiri daripada dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Siasatan awal mendapati kereta Proton Waja hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan Perodua Myvi.

Kemalangan Jalan Kampung Merbau Sempak Sungai Buloh 2

UTAMAPOLITIKTiga maut, empat cedera kemalangan dua kenderaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium