Tuesday, October 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Secawan Kopi Luwak Berharga Lebih RM50 - pakdin.my

kopi-luwak-4

Ia bukan sebarang kopi, secawan kopi ini berharga kira-kira RM50. Itulah harga Kopi Luwak di Jakarta yang boleh dikatakan antara kopi termahal di dunia.

Pengalaman singgah di sebuah restoran yang menyediakan Kopi Luwak membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk memesannya tetapi kerana keinginan untuk mengetahui dan merasa sendiri kopi itu, harga menjadi perkara kedua.

Keinginan meminum kopi itu didorong oleh rasa ingin tahu kenapa ia begitu mahal dan apakah keistimewaannya?

Kopi itu menjadi popular di rantau ini apabila berlakunya polemik mengenai hukum halal haram kerana biji kopi itu diambil dari najis musang daripada spesies Asian palm civet yang dikenali sebagai luwak di Indonesia.

SEJARAH RINGKAS KOPI LUWAK

kopi-luwak-3

Penemuan Kopi Luwak ini dikatakan bermula pada era sistem rodi tanaman atau tanaman paksa oleh penjajah Belanda. Pada awal abad ke-18, penjajah Belanda telah memaksa rakyat Indonesia menjadi petani bagi projek tanaman komersial syarikat Hindia Belanda.

Penjajah Belanda melarang buruh-buruh paksa itu mengambil atau memakan sebarang tanaman yang diusahakan. Disebabkan itu, rakyat pribumi yang ingin meminum kopi hanya mampu mengambil biji kopi yang telah dimakan oleh musang.

Biji kopi yang diambil daripada najis musang itu dikumpul dan dicuci sebelum diproses secara manual.

Kegiatan rakyat tempatan itu akhirnya disedari oleh penjajah Belanda dan setelah mereka selidiki, biji kopi yang keluar daripada perut luwak didapati lebih sedap rasanya dan kualiti biji kopi itu baik.

Kopi itu kemudiannya menjadi kegemaran orang kaya Belanda dan menjadi kopi istimewa dan dijual dengan harga yang mahal.

KENAPA KOPI LUWAK MAHAL?

Menurut peminat Kopi Luwak yang hanya mahu dikenali sebagai Risty, beliau memberitahu bahawa kopi itu hanya diminum oleh peminat kopi tertentu sahaja.

Kopi itu mahal kerana pertamanya ia diproses secara manual dengan bantuan binatang iaitu Luwak.

Luwak dikatakan binatang yang sangat cerewet dalam memilih makanan dengan ia hanya memilih biji-biji kopi terbaik untuk dimakan.

“Luwak akan menghidu dan memakan sebahagian biji kopi yang dihidang itu dan kita percaya ia hanya memilih yang terbaik dengan biji yang kurang baik tidak disentuh langsung,” katanya.

Selain itu, Kopi Luwak juga menjadi mahal kerana permintaan melebihi penawaran. Wilayah atau Kabupaten Lampung Barat dikatakan pengeluar kopi luwak terbesar dengan kawasan ladang hampir 60 hektar.

Para pengusaha ladang kopi di kawasan itu menternak berpuluh-puluh ekor luwak bagi proses pengeluaran kopi itu.

Risty berkata, luwak tidak menggigit biji kopi dan hanya menelannya sebelum mengeluarkannya semula bersama najis dalam keadaan biji kopi yang masih utuh.

Biji kopi yang menjalani fermentasi selama 8 hingga 12 jam dalam perut luwak apabila bercampur dengan enzim tertentu. Biji kopi itu kemudiannya dibersihkan sebelum dijemur di bawah terikan matahari dan kemudiannya dipanggang.

APA KEISTIMEWAANYA KOPI LUWAK?

kopi-luwak2

Setelah menghirup Kopi Luwak yang dihidangkan, saya mendapati sememangnya ada kelainan dan tidak dinafikan rasanya begitu sedap.

Menurut sebuah laman web mengenai kesihatan di sini, farmmedica.blogspot.com , Kopi Luwak baik untuk kesihatan kerana kandungan kafein yang rendah iaitu kira-kira 0.5 peratus sahaja berbanding kopi biasa sekitar dua peratus.

Satu kajian mendapati kandungan antioksidan yang tinggi yang terdapat dalam Kopi Luwak juga dapat mencegah penyakit berkaitan saraf seperti Parkinson dan Alzheimer manakala enzim protelitik daripada luwak baik sebagai anti-radikal dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Kopi Luwak juga dipercayai sesuai untuk diminum oleh pesakit kencing manis dan jantung kerana kandungan kafeinnya mempunyai zat anti lengket dan mampu mencairkan kristal kolestrol yang terperangkap dalam hempedu.

FATWA KOPI LUWAK

Majis Ulama Indonesia (MUI) telah berdebat panjang apakah kopi itu halal untuk diminum kerana biji kopi itu diambil daripada najis binatang.

Bagaimanapun, setelah menjalankan kajian, MUI mengeluarkan fatwa ianya halal kerana biji kopi itu tidak digigit oleh luwak dan proses membuat kopi itu melalui cara pembersihan yang sangat meyakinkan.

Kulit biji kopi itu didapati tebal dan setelah membuangkan kulit itu, biji kopi berkenaan didapati bersih dan tidak berbau najis dan Umat Islam tidak perlu khuatir untuk menikmati kopi itu.

Jual makanan RM1 sejak 2011

KOTA BHARU – Seorang peniaga kedai makan masih menetapkan...

Ebit Lew bawa ‘bidadari’, anak-anak makan angin ke Switzerland

Pendakwah bebas, Ebit Lew menyatakan kini sedang menikmati percutian...

Cara nyahaktif, padam & muat turun data Instagram

Pernah tak anda rasa mahu berehat dari menggunakan Instagram,...

Liverpool menang lagi

LONDON: Liverpool merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL)...

McLaren julang kemenangan 1-2 di Monza

MONZA – Pasukan McLaren Mercedes mencatat sejarah tersendiri apabila...

Vivo Y33s ada keupayaan meluaskan RAM sehingga 12GB

Vivo Y33s kini sudah tiba di Malaysia. Ia membawakan...

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: