104 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Dari Nepal

104 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air Dari Nepal

104 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal selamat tiba di Pengkalan TUDM Subang.
104 rakyat Malaysia yang menaiki pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal selamat tiba di Pengkalan TUDM Subang.

Sebanyak 104 rakyat Malaysia yang terkandas di Kathmandu, Nepal selamat tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini, awal pagi Rabu.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, semalam (28 April) dengan menaiki pesawat C-130 milik TUDM.

Hadir menyambut ketibaan mereka adalah anggota keluarga dan sahabat handai yang mula berkumpul di pangkalan TUDM sejak petang Selasa.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling buruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, dilaporkan telah mencatat kira-kira 5,000 kematian dan lebih 8,000 orang cedera.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Gempa lemah magnitud 2.9 di perairan Batu Pahat: Tiada ancaman tsunami

Dua gegaran gempa bumi dikesan berlaku di Johor

Gempa bumi magnitud 3.5 landa Krabi

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Lawatan bersama Malaysia dan Thailand ke Myanmar minggu depan

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami