DAP dan PKR Tak Hargai Kerjasama PAS: Rafizi enggan ulas kenyataan Hadi - pakdin.my

pakatan baru

PKR mengambil sikap mendiamkan diri bersabit kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu dan DAP tidak menghargai kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Kalau kami hendak ulas pun, kami akan semak dengan PAS dahulu bukannya yang dipetik oleh wartawan Berita Harian,” kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menjawab soalan berhubung kenyataan Hadi sepertimana dilaporkan akhbar itu.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS kekal untuk meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP namun kini terpaksa berdepan sikap pemimpin mereka yang tidak menghargai kerjasama itu.

“PAS konsisten sepanjang kerjasama kita dengan orang lain. Apa yang berlaku orang lain yang tidak konsisten, terus terang saya sebut,” katanya selepas merasmikan Konvesyen PAS Sabah, Ahad.

Keengganan Rafizi untuk mengulas kenyataan Hadi seolah-olah membenarkan senario di lapangan yang memaparkan secara jelas bahawa anggota PAS menjauhkan diri dan tidak memberikan kerjasama pada Pilihan Raya Kecil, (PRK) Permatang Pauh untuk menjayakan hasrat PKR mengekalkan kawasan itu di bawah penguasaan suami isteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Apa pun, kenyataan Hadi itu jelas menunjukkan setakat mana sikap dan kepercayaan beliau terhadap ketokohan Wan Azizah untuk memimpin sepertimana tindakan dan kenyataan yang dibuat beliau sewaktu Wan Azizah mahu dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor awal tahun ini.

Tentunya penyokong PAS di Permatang Pauh dapat mengambil iktibar mengenai sikap dan kenyataan Hadi mengenai ketokohan Wan Azizah untuk menerajui khidmat kepada pengundi di kawasan itu.

Buka mata, buka hati dan nilai sikap Hadi terhadap Wan Azizah.

Tentunya keadaan itu ibarat ‘sudah terang lagi bersuloh’.

UTAMAPOLITIKDAP dan PKR Tak Hargai Kerjasama PAS: Rafizi enggan ulas kenyataan Hadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium