Nahas Helikopter Di Pakistan: Jenazah Habibah dibawa pulang ke Nilai - pakdin.my

Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dan isteri Datin Habibah Mahmud. Gambar diambil beberapa jam sebelum nahas.
Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar dan isteri Datin Habibah Mahmud. Gambar diambil beberapa jam sebelum nahas.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, sudah dibenarkan keluar dari Hospital Gilgit di Pakistan dan difahamkan sekarang sedang menemani jenazah isterinya, Datin Habibah Mahmud, ke Islamabad, ibu negara Pakistan.

Saudara rapat Hasrul Sani yang enggan dikenali berkata, adik Hasrul Sani di Rapat Setia, di sini, menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya untuk berkongsi perkembangan terbaharu mengenai keadaan di negara berkenaan pada jam 8.30 malam tadi.

“Ibu Hasrul Sani serta keluarga mereka terkejut mendengar berita itu dan amat bersedih serta belum bersedia untuk ditemui media,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Difahamkan, Hasrul Sani berasal dari Rapat Setia manakala isterinya berasal dari Johor.

Jenazah mangsa dikatakan akan dikebumikan di kawasan kediaman mereka di Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan Rapat Setia mengenali keluarga Hasrul Sani kerana mereka sering datang solat berjemaah di masjid di kawasan berkenaan.

Kementerian Luar hari ini mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter MI-17 milik tentera Pakistan di kawasan Lembah Naltar, awal pagi tadi.

Nahas itu turut mengorbankan beberapa penumpang lain, termasuk Duta Norway, Belanda dan Filipina.

 

UTAMADUNIANahas Helikopter Di Pakistan: Jenazah Habibah dibawa pulang ke Nilai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium