Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Kuliah Kit Siang mengenai Hudud di Kota Bharu - pakdin.my

Kuliah Kit Siang mengenai Hudud di Kota Bharu - pakdin.my

Kuliah Hudud oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu, Kelantan
Kuliah Hudud oleh Lim Kit Siang di Kota Bharu, Kelantan

Selalunya kita dengar PAS memanggil tokoh-tokoh agama untuk memberi kuliah di Kelantan.

Cuma pada Ahad malam, yang dijemput untuk beri ‘kuliah’ adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengambil peluang sepenuhnya di pentas yang disediakan oleh PAS Kota Bharu di Padang Perdana di sini untuk ‘mengajar’ pemimpin serta kira-kira 1,000 penyokong setia sekutu mereka, PAS tentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Biarpun hudud menjadi dasar perjuangan PAS sejak sekian lama, Kit Siang tanpa rasa kekok ‘menyangah’ pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini walaupun Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu turut berada di atas pentas bersamanya.

 

 

Menurut Kit Siang, pelaksanaan hukum tersebut perlu difikir dengan lebih mendalam kerana negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk selain tidak bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia.

“Baru-baru ini, saya dengan empat Ahli Parlimen DAP telah pergi ke Jordan dan Mesir untuk berjumpa dan bertukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di sana. Lebih kurang 2,000 orang pelajar kita di Jordan dan di Mesir lebih kurang 10,000 orang.

“Dalam bertukar (fikiran) kita sama ada di Jordan atau Kaherah (Mesir), masalah-masalah yang timbul ialah mengenai hudud. Saya bukan orang Islam tapi dalam Jordan dan Mesir mempunyai 92 peratus serta 95 peratus penduduk Islam (tetapi) tidak ada hudud.

“Ada pandangan, pert­ikaian, debate (debat) sama ada patutkah untuk uta­makan hudud atau tidak. Apabila saya pergi Jordan dan melawat Amman, Mafraq, Karak serta Irbid dan baca (mengenai hukum hudud) bahawa sarjana, ustaz dan ulamak-ula­mak Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian kecil daripada Undang-undang Syariah dan ada syarat-syarat sebelum dilaksanakan,” katanya.

BACA juga  PRU14: Pergolakan antara Kartel Azmin dan Orang Azizah - Kit Siang berkuasa, Mahathir jadi tunggul kayu

Selain Kit Siang dan Mohamad, turut memberikan ceramah ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sebelum ini, PAS tetap bertegas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana itu merupakan perjuangan parti berkenaan sejak dahulu serta hasrat rakyat negeri ini yang memberikan kemenangan kepada parti Islam itu sejak tahun 1990.

Bagaimanapun, hasrat tersebut ditentang oleh DAP sehingga membuat keputusan pelik dengan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi tidak dengan parti itu.

Kit Siang turut memetik pendapat Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, jika semua Undang-undang Syariah tidak boleh dijalankan maka belum sampai waktunya untuk hudud dilaksanakan.

“Adakah masalah di Jordan dan Mesir masalah anti Islam? Bukan. Tetapi mengenai sama ada sesuai tak sesuai, khasnya dalam Malaysia, satu masyarakat majmuk… dan saya rasa mustahak, khasnya dalam Malaysia, perkara ini tak dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya rasa mengikut Perlembagaan tak sesuai ada pelaksanaan hudud,” ujar Kit Siang.

Katanya, tempoh sebulan ini sangat kritikal dan peluang yang baik bagi pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan UMNO serta Barisan nasional (BN) yang sedang menghadapi pelbagai masalah.

Beliau yang seolah-olah menyindir PAS berkata, pakatan pembangkang boleh menumbangkan BN sekiranya ketiga-tiga parti yang bergabung jujur dan ikhlas dalam mengotakan janji yang dibuat pada tahun 2008.

“Itu masalah. Oleh kerana kalau ketiga-tiga parti dalam Pakatan, kita tak boleh pegang kepada apa yang kita sudah janji bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan keyakinan orang ramai,” katanya.

Tambahnya, perkara lebih mustahak pada masa sekarang menumpukan usaha menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana mengikut Perlembagaan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini

BACA juga  [Video] #Daulat812: Bukan Soal Jumlah Kehadiran, Akuilah Rakyat Bangkit Kerana Kegagalan Kerajaan Tunai Janji

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

Kerabu Bronok, Makanan Wajib Dicuba Bila Kunjungi Langkawi

Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan, malahan mempunyai rahsia di sebalik hidupan laut yang masih belum diketahui ramai di pulau itu. Ia adalah...

Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163803

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

TERKINI

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303