Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    Cerita Kelakar Rombakan Kabinet Dari Gosip Internet - pakdin.my

    /

    senaraibarisankabinet2013

    Gosip di internet kini bukan sekadar gosip lagi tetapi yang lebih kelakarnya ialah, ia telah sampai ke tahap di mana kebarangkalian untuk orang ramai mempercayainya adalah semakin tinggi.

    Yang peliknya, para pelayar internet dan media sosial lebih cenderung untuk mempercayainya sebagai sesuatu yang benar walaupun pada kebanyakan masa, khabar angin itu bukan sahaja tidak masuk akal malah secara terang-terangan menunjukkan yang ia adalah satu pembohongan yang nyata.

    Terbaru adalah mengenai rombakan kabinet. Disebarkan cerita yang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan untuk menguggurkan tujuh menteri sedia ada dan melantik beberapa muka baru.

    Sumber yang menyebarkan senarai berkenaan tidak diketahui, begitu juga kesahihan senarai kabinet yang disebut akan dibuat Jun ini.

    Bagaimanapun sejak pagi, orang ramai mempercayainya sebagai sesuatu yang benar dan berduyun-duyun dalam media sosial bertanyakan kesahihan berita tersebut.

    Hakikat bahawa ramai yang bertanyakan kesahihannya menunjukkan, mereka mahu mempercayainya. Sepatutnya, mereka mentertawakan senarai yang disebarkan itu bukan mencari kesahihan apatah lagi senarai barisan kabinet baru itu melibatkan beberapa nama yang boleh dianggap sebagai pencetus kontroversi.

    Misalnya seorang timbalan ketua Umno Bahagian di Perak menghubungi dan bertanyakan apakah rombakan kabinet itu benar. Malah beliau percaya salah seorang daripada rakannya dalam Umno akan dilantik sebagai senator bagi membolehkannya dilantik sebagai anggota kabinet. Tidakkah kelakar bunyinya itu?

    Kalau ia sekali pun hendak buat seolah-olah cerita ini benar, biarlah ia kelihatan logik dan boleh diterima akal.

    Ini kerana belum pernah lagi dalam sejarah rombakan kabinet, senarai yang ‘dibocorkan’ cukup lengkap dari menteri sehingga ke timbalan menteri di semua kementerian. Itu sahaja sudah memadai untuk menunjukkan bahawa ini semua adalah satu cerita rekaan. Malangnya sebahagian besar memilih untuk mempercayainya.

    Menerusi senarai itu, kononnya beberapa muka baharu akan menjadi anggota Kabinet, antaranya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim yang kontroversinya berhubung pembelian tanah 1MDB masih belum reda lagi.

    Selain itu, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Nordin Kardi turut disenaraikan sebagai Menteri Pengajian Tinggi – kementerian yang sebelum ini dibubarkan dan kini akan dikembalikan.

    Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang kini menerajui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dikatakan akan menggantikan Khairy Jamaluddin di Kementerian Belia dan Sukan manakala ketua Pemuda Umno Malaysia itu dikatakan beralih ke JPM.

    Datuk Ahmad Maslan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Kewangan khabarnya akan dinaikkan pangkat untuk menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia – satu pengiktirafan di atas keberkesanannya dalam menerangkan isu GST (lagi kelakar).

    Lebih menarik, hebahan Kabinet bayangan itu juga menyebut Datuk Seri Anifah Aman memilih untuk direhatkan dan tempatnya diganti Datuk Ab Aziz Kaprawi.

    Datuk Seri Hasan Malek akan turut digugurkan dan tempatnya akan diisi oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggantikannya di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Penyebaran maklumat mengenai rombakan kabinet itu juga menyebut beberapa nama besar yang gugur dijangka ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan beberapa tempat strategik.

    Datuk Seri Idris Jala disebut akan ditempatkan di 1MDB untuk mengukuhkan institusi itu. Datuk Seri Shahidan Kassim yang rapat dengan kerajaan Arab Saudi dilapor akan digugurkan sebagai menteri dan menerajui Tabung Haji.

    Selain itu, Hasan pula akan menjadi CEO Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu, manakala Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikatakan akan ke Bank Rakyat dan Datuk Jailani Johari akan kembali ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula akan mengisi kekosongan sama ada sebagai Ketua Pengarah JASA atau Felda, manakala Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz khabarnya akan diutus ke Amerika Syarikat sebagai envoi khas untuk mengukuhkan pelaburan Felda Global Ventures (FGV) di peringkat antarabangsa.

    Jika ikut laporan internet mengenai rombakan kabinet ini, menteri yang akan digugurkan ialah:

    1) Hassan Malek

    2) Idris Jala

    3) Jamil Khir

    4) Nazri Aziz

    5) Anifah Aman

    5) Jailani Johari

    6) Tajuddin Rahman

    7) Shahidan Kassim

    Dan sila lihat senarai penuh Jemaah Menteri Kabinet Malaysia sebagaimana yang dikhabar anginkan itu:

    Perdana Menteri

    Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

    Timbalan Perdana Menteri

    Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri

    Menteri:

    Dato’ Asyraf Wajidi Dasuki

    Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar

    Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup

    Datuk Joseph Entulu Anak Belaun

    Dato’ Seri Idris Jusoh

    Dato’ Mah Siew Keong

    Senator Datuk Paul Low Seng Kuan

    Puan Hajah Nancy Haji Shukri

    Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar

    Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

    Timbalan Menteri:

    Dato’ Azeez Rahim

    Kementerian Kewangan

    Menteri I: Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

    Menteri II: Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

    Timbalan Menteri: Dato Johari Ghani

    Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong

    Kementerian Pendidikan

    Menteri : Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin

    Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Menteri : Tan Sri Nordin Kardi

    Timbalan Menteri : Dato’ Razali Ibrahim

    Timbalan Menteri: Tuan P. Kamalanathan A/l P. Panchanathan

    Kementerian Dalam Negeri

    Menteri: Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

    Timbalan Menteri: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

    Kementerian Komunikasi dan Multimedia

    Menteri: Datuk Haji Ahmad Haji Maslan

    Timbalan Menteri: Dato’ Poad Zakarshi

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

    Menteri: Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

    Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

    Menteri: Dato’ Sri Mustapa Mohamed

    Timbalan Menteri: Senator Dato’ Lee Chee Leong

    Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Samuri

    Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

    Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

    Timbalan Menteri: Dato’ Seri Mahdzir Khalid

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

    Menteri: Datuk Seri Palanivel A/l K. Govindasamy

    Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

    Kementerian Pengangkutan

    Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai

    Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

    Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan

    Timbalan Menteri: Dato Mas Ermiyanti

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

    Menteri: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

    Timbalan Menteri: Khairul Azwan Harun (Wan Bro)

    Kementerian Pertahanan

    Menteri: Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

    Timbalan Menteri: Datuk Abd Rahim Bakri

    Kementerian Kerja Raya

    Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof

    Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin

    Kementerian Kesihatan

    Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

    Timbalan Menteri: Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya

    Kementerian Belia dan Sukan

    Menteri: Dato Irmohizam Ibrahim

    Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/l Murugan

    Kementerian Sumber Manusia

    Menteri: Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem

    Timbalan Menteri: Dato’ Sri Haji Ismail Haji Abd. Muttalib

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

    Menteri: Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal

    Timbalan Menteri: Senator Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    Menteri: Dato’ Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim

    Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd. Dun

    Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

    Kementerian Luar Negeri

    Menteri: Datuk Ab. Aziz Kaprawi

    Timbalan Menteri: Dato’ Hamzah Zainudin

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Menteri: Datuk Bung Mokhtar Raden

    Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

    Menteri: Datuk Dr. Ewon Ebin

    Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

    Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

    Timbalan Menteri: Dato’ Noriah Kasnon

    Kementerian Wilayah Persekutuan

    Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

    Timbalan Menteri: Senator Dato’ Dr. Loga Bala

    Kesimpulannya, seronok untuk dibaca, hendak percaya tak usahlah…

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah