Hudud: Kit Siang Tak Patut Cakap Hal Hudud Di Kelantan – Mohd Amar (video) - pakdin.my

kuliah-tolak-hudud-lim-kit-siang-di-kota-bharu

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya bercakap mengenai hudud pada forum umum di sini kerana ia isu sensitif, lebih-lebih lagi semua pihak tahu dia menentang undang-undang berkenaan, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, PAS Kelantan tidak terbabit dengan ceramah pada Isnin malam di mana Kit Siang bercakap mengenai hudud, sekali gus menimbulkan kemarahan pemimpin PAS negeri itu.

“Saya terima aduan mengenai kehadiran Lim di sini dan kebanyakannya mempersoalkan mengenai tindakannya bercakap mengenai hudud,” katanya selepas melancarkan Seminar Pengurusan Tanah Di Kelantan, Selasa.

 

 

Mohd Amar ditanya mengenai entri laman Facebook Nik Abduh Nik Aziz yang menyatakan tiada siapa di Kelantan yang akan menjemput Kit Siang ke Kelantan untuk berceramah jika bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup.

“Tak manis untuk dia bercakap mengenai topik itu,” kata Mohd Amar.

Pada Isnin malam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah ketika berucap di Padang Perdana berkata, sama ada dia atau partinya bukannya anti Islam atau menolak hudud, cuma ia tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Beliau menambah, lawatannya ke negara Timur Tengah baru-baru ini seperti Jordan dan Mesir mendapati hudud bukan aspek utama dalam mempertahankan kebajikan rakyat.

UTAMAPOLITIKHudud: Kit Siang Tak Patut Cakap Hal Hudud Di Kelantan - Mohd...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium