Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALDua Syarikat Didenda RM140,000...

Dua Syarikat Didenda RM140,000 Bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan - pakdin.my

aeon-melaka

Dua syarikat hari ini didenda keseluruhan RM140,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman denda RM110,000 terhadap AEON Co. (M) Bhd. diwakili Pengurus Bakerinya Mohd Ridzuan Cheah Abdullah setelah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang masing-masing dikenakan denda RM20,000; RM25,000; RM30,000; dan RM35,000.

Syarikat itu didakwa mencatut dengan menaikkan harga jualan daripada RM1.20 kepada RM1.50 yang menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih roti almond muffin, roti vanilla muffin, roti chocolate chips muffin dan roti blueberry muffin. (nota:setiap jenis roti, satu pertuduhan).

Mengikut pertuduhan, syarikat itu melakukan semua kesalahan itu di kedai roti La Boheme, AEON Melaka Store, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 6.01 petang, 17 Mac lepas.

La Boheme AEON Melaka

Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta.

Dalam mahkamah yang sama juga, Amran menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd. diwakili Konsultannya Norsiah Ahmad setelah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah akta itu.

Syarikat itu didakwa gagal mematuhi arahan Penolong Pengawal Harga melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dan mengemukakan dokumen yang diminta dalam tempoh ditetapkan iaitu pada atau sebelum 13 Feb lepas.

Mengikut pertuduhan, syarikat berkenaan melakukan kesalahan itu di premis AEON Fantasy (Malaysia) Sdn. Bhd., Jusco Bandaraya Melaka di sini pada 14 Feb lepas.

Dengan itu syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000.

Amran ketika menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua kes itu, berkata beliau mengambil kira kepentingan awam sebagai prinsip utama dalam menjatuhkan hukuman.

Beliau berkata semua pihak perlu memahami bahawa objektif utama Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 adalah untuk melindungi hak pengguna dan kepentingan awam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datin Tey Lee Ly dan Insyariza Ibrahim, manakala kedua-dua syarikat itu tidak diwakili peguam.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501