Asal Usul 1MDB - pakdin.my

petrosaudi-1mdb

Pada January 2009, kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan menjadikan lembaga tersebut sebagai sebuah syarikat berhad yang dinamakan 1 Malaysia Developement Berhad.

Tujuan pengambilalihan tersebut bertujuan untuk melibatkan lembaga tersebut ke dalam sektor pelaburan “Sovereign Wealth Fund” iaitu perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri ataupun negara.

Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri ataupun negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya.
Secara am, modal niaga untuk “Sovereign Wealth Fund” ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri.

Lembaga Pelaburan Terengganu yang sebelumnya diambilalih oleh kerajaan pusat dan dijadikan sebuah syarikat berhad melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan “Sovereign Wealth Fund” daripada hasil royalti minyak negeri itu.

Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low.

Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan dijadikan 1MD, Lembaga Pelaburan Terengganu mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM1billion dengan cagaran bernilai RM6billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM5billion.

Pengambilalihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat direstui oleh DYMM SPB YDP Agong ketika itu yang juga adalah Sultan Terengganu.

Tarikh Penting Yang Berkaitan

1MDB ditubuhkan pada january 2009 sebelum DS Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Lembaga Pelaburan Terengganu ditubuhkan pada tahun 2008 ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jho Low menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada tahun 2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Siapakah Jho Low ?

Jho Low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWR Berhad yang terlibat dalam sektor kejuruteraan kontraktor.

Jho Low adalah pelajar di universiti terkenal USA dan berkawan baik dengan keluarga diraja Jordan dan Arab yang belajar di universiti yang sama dengan beliau.

Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD25juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di timur tengah dan atas faktor tersebut, Jho Low mendapat jawatan sebagai Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

Asas perniagaan 1MDB ialah ;
1. Sektor pelaburan
2. Sektor tenaga
3. Sektor hartanah
4. Sektor pelancongan
5. Sektor pertanian; dan sebagainya.

Projek 1MDB ialah ;
1. TRX
TRX (Tun Razak Exchange) ialah sebuah projek Zon Kewangan Antarabangsa seperti Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain.
Aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini.

2. Bandar Malaysia
Sebuah kawasan 162hektar yang dulunya pengakalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan sebagai ;
a. Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority .
b. Pusat Komersial
c. Perumahan mewah; Dan sebagainya.

3. Pelaburan dalam sektor tenaga IPP dan pelaburan IPP dalam SCORE Sarawak.

4. Aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Ltd.

Dan lain-lain.

Teras perniagaan 1MDB ialah sektor pembangunan strategik dimana ianya sebagai penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon, saham, sukuk, dan sabagainya, sektor tenaga, sektor hartanah dan sektor pelaburan berkaitan.

Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah satu aktiviti pelaburan jangka panjang.

Itulah rumusan mudah tentang 1MDB.

UTAMAEDITORIAL1MDBAsal Usul 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium