BERITA1MDBAkaun 1MDB Diaudit Syarikat Antarabangsa

Akaun 1MDB Diaudit Syarikat Antarabangsa

petrosaudi-1mdb

Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata akaunnya diaudit oleh syarikat audit antarabangsa, Deloitte.

Dalam satu kenyataan, katanya Deloitte tidak mempunyai sebarang masalah dengan akaun 2013 dan 2014 1MDB. Begitu juga KPMG yang tidak mempunyai masalah dengan akaun 2010, 2011 dan 2012 1MDB.

“Lembaga Pengarah mengambil serius fitnah dan tuduhan yang berniat jahat dan mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata syarikat pembangunan strategik itu.

Ketika ini, Lembaga Pengarah dan Pengurusan 1MDB bekerjasama dengan Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk melaksanakan penilaian terhadap syarikat tersebut.

Khususnya, Ketua Audit Negara sedang menjalankan penilaian bebas terhadap akaun 1MDB, seperti dipersetujui Kabinet Malaysia.

“Sehubungan itu, kami meminta kesabaran dan pemahaman orang ramai dan pihak yang berminat supaya menunggu hasil penilaian itu.

“Kami meminta agar tiada mana-mana pihak yang akan menilai perkara itu tanpa fakta menyeluruh sebelum penilaian diumumkan kepada orang ramai.

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap Deloitte dan Ketua Audit Negara, begitu juga pemegang saham kami, Menteri Kewangan Diperbadankan,” katanya.

Lembaga Pengarah memberi jaminan bahawa jika terdapat penemuan yang bercanggah, ia akan mengambil langkah dan tindakan yang bertanggungjawab.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami