UtamaPOLITIKHudud: Haron Din Bidas...

Hudud: Haron Din Bidas Ceramah Kit Siang - pakdin.my

kuliah-tolak-hudud-lim-kit-siang-di-kota-bharu

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din membidas Penasihat DAP Lim Kit Siang kerana mempertikaikan pelaksanaan hudud dalam ceramahnya di Kelantan, negeri pimpinan PAS yang sedang berusaha untuk melaksanakan undang-undang Islam itu.

Beliau berkata Lim tidak sepatutnya menyentuh perkara berkaitan pelaksanaan hudud dalam ceramah perdana di sini Ahad lepas, kerana kenyataannnya itu tidak menyenangkan ‘tuan rumah’.

“Saya nak bertanya adakah boleh diterima pada akal yang sihat dan amalan akhlak yang paling minimum, bila kita berada di rumah seorang hamba Allah dan kita menyebut perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah, adakah akhlak itu baik atau tidak baik.

“Kelantan dan Kota Baharu adalah kubu PAS dan negeri yang akan melaksanakan hudud, maka elokkah pada moral, kita masuk dalam negeri itu dan kita menyebut perkara yang tidak baik mengenai negeri itu di hadapan tuan rumah, kalau ada yang kata baik, silakan, saya mengatakan tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kuliah Darussyifa ke-4 di Nilam Puri di sini Jumaat.

Majlis perasmian itu dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Haron berkata sensitiviti umat Islam itu amat banyak antaranya berkaitan hukum hudud yang pelaksanaannya tertangguh begitu lama dan apabila ada pihak yang menentang pelaksanaannya, ia melukakan hati orang Islam.

Akhbar melaporkan bahawa dalam ceramah berkenaan, Lim menjadikan dua buah negara iaitu Jordan dan Mesir sebagai contoh kerana mempunyai lebih 90 peratus penduduk beragama Islam namun sehingga kini tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Lim dilaporkan berkata sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, beliau mengingatkan semua parti yang berada dalam pakatan pembangkang supaya berpegang kepada janji asas yang sudah dipersetujui bersama.

Sementara itu, ditanya tindakan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang yang bakal mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada muktamar parti itu bulan depan, Haron berkata dalam sistem demokrasi, beliau ada kebebasan untuk bertanding.

“Kebiasaannya orang bertanding ini dia ukur kebolehan dia dan kemungkinan untuk dia menang baru dia bertanding, kalau kita ukur kita masih lagi jauh untuk menang, kalau kita bertanding juga bererti kita membazir waktu dan masa untuk bertanding,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...