Reman lelaki 
campak mayat tunang disambung - pakdin.my

bunuh-campak-mayat-tunang-cyberjaya

Tempoh reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh tunangnya di Cyberjaya minggu lalu telah dilanjutkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Aizatul Akmal Maharani di sini hari ini.

Jurucakap polis berkata, maklumat daripada lelaki berusia 26 tahun itu masih diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum kes tersebut diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sehingga kini kita percaya motif utama pembunuhan itu adalah cemburu. Kita akan menggunakan peluang tiga hari ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi melengkapkan siasatan.

“Polis juga masih menyiasat siapa sebenarnya menaip surat yang ditemukan bersama mayat mang­sa,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8 pagi de­ngan menaiki trak polis untuk mendapatkan lanjutan perintah tahanan reman.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat Rosshida Abdullah, 30, ditemukan orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang, 6 Mei lalu.

Turut ditemukan bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya bagi membantu siasatan.
 

Mangsa Dibawa Sejauh 500 KM

SUSULAN kes penemuan sekujur tubuh wanita di dalam belukar di Cyberjaya, Sepang Rabu lalu, pihak polis percaya bahawa mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ.

Mangsa Rosshida Abdullah, 30, dipercayai telah dicekik sehingga mati di Penarik, Terengganu, sebelum suspek mengambil keputusan untuk membuang mayatnya di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.

mayat wanita

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, Rosshida telah dicekik selepas dia dan tunangnya bertengkar mengenai isu orang ketiga dalam hubungan mereka.

“Suspek dan mangsa sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kelantan, dari Kuala Lumpur sebelum tiba di satu lokasi di Penarik. Mereka dipercayai bergaduh sebelum suspek menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain.

“Berkemungkinan akibat tidak tahan dengan penjelasan mangsa, suspek mencekik mangsa sehingga mati dalam keretanya sebelum berpatah balik dari Penarik ke Kuala Lumpur dan mengambil keputusan membuang mayat Rosshida di Cyberjaya,” ujar Abdul Rahim dalam satu sidang media.

Sementara itu, Abdul Rahim turut berkata, wajah mangsa telah ditutup dengan selimut sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur bagi mengelakkannya diketahui orang lain.

safe_image

Pada awalnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan sehelai nota bunuh diri ditemui di dalam tas tangan milik mangsa di tempat kejadian.

Namun, bukti selepas itu yang menunjukkan mangsa dibunuh menyebabkan ia dipinda kepada kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berusia 26 tahun telah ditahan beberapa jam selepas penemuan mayat mangsa.

Antara bukti yang menjurus kepada penahanan suspek adalah mesej mencurigakan dalam telefon bimbit selain kandungan nota bunuh diri yang turut ditemui dalam komputer riba miliknya.

UTAMABERITAReman lelaki 
campak mayat tunang disambung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium