BERITAKabinet Bayangan Pakatan: Elak malu, Wan Azizah Tukar Kepada Jawatankuasa Parlimen

Kabinet Bayangan Pakatan: Elak malu, Wan Azizah Tukar Kepada Jawatankuasa Parlimen

pakatan baru

Setelah cadangan kabinet bayangan pakatan pembangkang ditolak DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil menyatakan bahawa cadangan beliau sebenarnya ialah untuk mewujudkan jawatankuasa parlimen.

Nyatanya, Ketua Pembangkang itu yang termalu dengan penolakan DAP serta PAS berhubung cadangan kabinet bayangan pakatan, Wan Azizah bertindak untuk cuba mengalih perhatian ramai dari usul tidak praktikal yang dibuatnya.

“Ini bukan kabinet bayangan, tapi ia adalah satu komiti,” katanya di lobi Parlimen, Selasa.

Beliau sebaliknya cuba mengalih tumpuan kegagalan dirinya dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional, (BN) kerana tidak memperuntukkan bajet bagi menubuhkan jawatankuasa parlimen.

“Kita memang telah membuat perancangan bahawa kabinet bayangan itu sudah lama sama seperti dulu pada 2008, tapi disebabkan infrastrukur, kita tidak dapat meralisasikannya kerana tak ada ‘parliamentary reform’ sekarang ni, setiap parti bawah pakatan buat sendiri sebab parti tanggung.

“Sepatutnya kerajaan BN menyediakan prasarana dan Parlimen sepatutnya menanggung kos untuk adakan kabinet bayangan (jawatankuasa parlimen), kalau di mana-mana negara yang lain memang ada bayangan kementerian lain,” katanya lagi.

Terdahulu, DAP secara rasmi telah mewujudkan kabinet bayangan bagi parti itu sendiri dengan memperkenalkan 18 portfolio.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami