Friday, February 23, 2024

Guru agama didakwa bunuh teman wanita- pakdin.my

Abdul Raof Mohd. Dimyati dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga seorang janda anak empat awal Mei lalu, dibawa keluar dari mahkamah di Kuala Selangor, semalam.
Abdul Raof Mohd. Dimyati dihadapkan ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh kekasihnya yang juga seorang janda anak empat awal Mei lalu, dibawa keluar dari mahkamah di Kuala Selangor, semalam.

Kuala Kubu Bharu: Seorang guru agama di sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya yang mayat mangsa ditemukan dengan kesan tujuh tikaman, awal bulan ini.

Abdul Ra’of Mohd. Dimyati, 26, didakwa membunuh Nor Salina Nazir, 34, di kawasan lapang tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 5 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit bersalah.

Tertuduh yang memakai baju T hijau serta berseluar jeans hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Zulhelmi Hasan yang bertindak sebagai Majistret.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Abdul Ra’of.

Lelaki itu dilihat leka mengoles-oles kayu kandang tertuduh ketika prosiding. Selain itu, jurubahasa terpaksa bertanya beberapa kali sama ada dia faham pertuduhan atau sebaliknya. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan peguam Datuk Hanif Hashim yang mewakili tertuduh supaya anak guamnya itu menjalani pemeriksaan psikologi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amin Azmi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jun ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, akibat gagal mengawal emosi, seorang lelaki bertindak kejam menikam bertubi-tubi teman wanitanya, seorang janda anak empat hingga maut selepas berlaku pertengkaran kerana didesak mangsa untuk berkahwin.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat ditikam menggunakan pisau di dada dan rusuknya.

Polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pene­muan mayat mangsa dalam keada­an terlentang di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta Proton Wira yang di­letakkan di kawasan lapang di hadapan sekolah tempat suspek bekerja.

Sebaik sahaja pihak polis tiba di lokasi kejadian, pintu sebelah pemandu terbuka dengan keadaan enjin kereta dimatikan serta brek tangan ditarik.

UtamaBERITAGuru agama didakwa bunuh teman wanita

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR