GST: Telco diminta segera turunkan tarif imbangi kesan - pakdin.my

* “Apa yang kita dapat akan rasa sedikit berbanding dengan apa yang kita bayar meskipun nilainya sama” Sikap manusia

prabayar-telco-gst

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah meminta syarikat-syarikat te­lekomunikasi (telco) menyegerakan penurunan tarif perkhidmatan bagi mengimbangi kesan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap kad tambah nilai prabayar telefon.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, biarpun telco memberikan tempoh enam bulan untuk membuat penyesuaian semula, kementerian meminta agar tempoh itu dipercepatkan bagi mengambil kira kepentingan umum terutama golongan pelajar.

“Kita mencari satu formula beli kad RM10 dan apabila diaktifkan tetap mendapat RM10, GST hanya dikenakan apabila penggunaan dibuat dan ini sama seperti penggunaan kad ‘Touch n Go’, apabila bayar letak kenderaan, baru dikenakan GST.

“Kaedah ini lebih baik dan diguna pakai di banyak negara, cuma menjadi isu apabila GST dikenakan, rakyat berasa RM10 cepat habis sebab GST dikenakan.

“Sebab itu kita minta telco turunkan tarif mereka supaya seimbang dengan apa yang rakyat perlu bayar kepada GST dan akhirnya mendapat nilai cakap dan nilai penggunaan lebih kurang sama seperti dulu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Ta­nah Merah) yang bertanyakan usaha kementerian berkenaan bagi mengatasi kemelut pelaksanaan GST terhadap kad tambah nilai prabayar telefon yang menimbulkan kekeliruan pengguna.

Menurut Ahmad Shabery, kerajaan perlu berhati-hati dalam menguruskan isu GST terhadap kad tambah nilai prabayar kerana sistem yang selaras diperlukan untuk mengendalikan struktur ekonomi wang digital.

“Kalau dahulu, kerajaan dilihat mengambil cukai ‘up front’ (pendahuluan) ke atas perkhidmatan yang belum diberikan, sekarang ini tidak, kalau orang belum guna, kerajaan tidak mengambil cukai.

“Kedua, negara kita sedang me­nuju sistem ekonomi digital, pemindahan wang kepada bentuk digital ini tidak hanya untuk beli nilai komunikasi tetapi juga pembelian tiket, barang dan aplikasi,” katanya.

Tegas Ahmad, bagi mengatasi beban pengguna, kementeriannya juga menggesa telco memperkenalkan pakej mampu milik untuk golongan seperti pelajar.

Selain itu katanya, telco diminta sentiasa menambah baik infrastruktur bagi memberikan perkhidmatan dan liputan yang lebih baik.

UTAMAPOLITIKGST: Telco diminta segera turunkan tarif imbangi kesan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium